Terkini di Kemaman !!!

Sunday, October 13, 2013

Fikry Ibrahim Ketua Pemuda UMNO Kemaman yang baru

Walaupun pada awalnya dijangka sengit, pemilihan Ketua Pemuda UMNO Kemaman berakhir dengan kemenangan besar Ahmad Fikry Ibrahim berjaya yang mengenepikan pencabarnya Mohd Hazarul Ifdaz Mohamed Rahim setelah mendapat sebanyak 302 undi berbanding Hazarul 67 undi.

Ketua Pemuda Kemaman, Sdr Fikri (kanan) dan Naib Ketua Pemuda Kemaman, Sdr Fauzi Adam (kiri) bersama YB Dato Seri Ahmad Shabery Cheek (Timbalan Ketua UMNO Kemaman) ketika meninjau persiapan tempat Persidangan Pemuda.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, Mohd Fauzi Adam pula menang tanpa bertanding.Mesyuarat pemilihan Pergerakan Pemuda berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman di mana seramai 372 orang perwakilan hadir bagi memilih seorang Ketua dan 15 orang AJK. Seramai 26 orang calon AJK yang bertanding.

Pergerakan pemuda telah mencalonkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia manakala Jamawi Jaafar sebagai Naib Ketua.

Penyandang Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman Senator Hajah Rohani Abdullah berjaya mempertahankan jawatannnya dalam mesyuarat pemilihan UMNO Bahagian Kemaman kali ini bagi penggal 2013/2016.

Rohani berjaya mengalahkan seorang lagi calon Che Ku Maznah Engku Awang yang hanya mendapat sebanyak 65 undi. 

Seramai 520 perwakilan hadir bagi menjalankan tanggungjawab memilih barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita yang baru di mana seramai 22 calon berentap untuk mengisi lima belas kerusi yang dipertandingkan. 

Sementara itu, pergerakan wanita Kemaman telah mencalonkan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dgn 420 undi dan Azizah Mohd Dun sebagai naib Ketua.

Rosmiza Mokhtar memenangi jawatan naib Ketua Wanita menang tanpa bertanding. 

Mesyuarat pemilihan wanita berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.

Sementara itu bagi Ketua Pergerakan Puteri, Shaheda Jusoh berjaya mendapat 164 undi mengenepikan penyandangnya Asfalinda Anuar.

Malissa Abd Solah pula berjaya menyandang naib ketua puteri setelah mendapat sebanyak 158 undi mengalahkan Faradilla Yusof.

Mesyuarat pemilihan bagi puteri berlangsung di Dewan Seri Amar, Majlis Perbandaran Kemaman di mana seramai 322 perwakilan hadir bagi memilih 19 orang calon yang bertanding merebut jawatan exco.

Pergerakan puteri UMNO Kemaman pula telah mencalonkan Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan undi sebanyak 263 manakala Zahida Zarik Khan sebagai naib Ketua Puteri.

No comments:

Post a Comment