Terkini di Kemaman !!!

Saturday, August 31, 2013

Gambar 10,000 warga Kemaman sambut ambang Merdeka

Pada 30 Ogos 2013 bertempat di Kuala Kemaman telah diadakan Program Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Parlimen Kemaman. Hampir 10000 orang warga Kemaman hadir bersama-sama menjayakan program tersebut.


Pengisian program adalah seperti berikut;
1. Bicara Imam Muda 
2. Persembahan Nasyid Kumpulan Popular
3. Doa Keamanan
4. Lagu Patriotik
5. Upacara Naik Bendera & Lagu Negaraku
6. Persembahan Bunga Api.

 









Friday, August 30, 2013

[MALAM INI] Sambutan Ambang Merdeka di Kuala Kemaman !!!

Jemput semua warga Kemaman ke Kuala Kemaman malam ini (30/8/2013) untuk Program Ambang Merdeka Parlimen Kemaman

Program bermula 9.30 malam.

Antara pengisian program:

1. Bicara Imam Muda 
2. Persembahan Nasyid Kumpulan Popular
3. Doa Keamanan
4. Lagu Patriotik
5. Lagu Negaraku
6. Persembahan  Bunga Api.

----------------------------
Bicara Imam Muda

Moderator : 
Ustz. Zulkipli Sulong

Panel 1
Imam Muda Aran

Panel 2
Imam Muda Miril


Friday, August 16, 2013

Lagu Negaraku dulu sebelum tonton wayang - Shabery Cheek



"Kalau di padang bola, pada setiap perlawanan kita boleh berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan, kenapa tidak di panggung wayang hanya beberapa hari sempena Hari Kemerdekaan?" 

Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu akan dibincangkan bersama pengusaha pawagam minggu hadapan.

"Saya akan berbincang dengan pengusaha-pengusaha mungkin pada Rabu depan untuk nyanyian Negaraku dimainkan sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September.

"Bagi saya ini (nyanyian Negaraku) hanya satu pengorbanan yang sedikit dan kecil untuk kita semua sebagai rakyat dalam menghargai kemerdekaan dan mengingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian boleh membekalkan klip video lagu Negaraku kepada pawagam di seluruh negara. 

Katanya, pengusaha panggung juga digalak mencari inisiatif untuk memastikan penonton berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan seperti mencerahkan lampu pawagam.

"Tetapi bagi kami, sebaiknya tiada paksaan kerana ini sememangnya menjadi tanggungjawab dan kesedaran kita untuk berdiri bagi menghormati lagu Negaraku dan ia seharusnya dijadikan amalan.

"Kalau di padang bola, pada setiap perlawanan kita boleh berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan, kenapa tidak di panggung wayang hanya beberapa hari sempena Hari Kemerdekaan?" katanya.

Ditanya sama ada cadangan itu akan diteruskan secara harian, beliau berkata: "Kita tengok dahulu bagaimana...dulu dah buat tetapi dihentikan kerana mungkin orang anggap ia sebagai perkara biasa dan tiada kesedaran bila dimainkan setiap hari, selain kesukaran untuk membuat penguatkuasaan".

Shabery berkata banyak negara luar termasuk Thailand dan India masih meneruskan tradisi nyanyian lagu kebangsaan negara mereka di kawasan-kawasan awam serta pawagam pada setiap hari. 

"Thailand contohnya, rakyatnya akan berdiri apabila lagu kebangsaan mereka dimainkan di pawagam hinggakan ia turut dimainkan setiap pagi di stesen kereta api di mana rakyatnya juga akan berdiri sebagai tanda penghormatan.

"Kita belum sampai ke tahap itu, tetapi saya rasa tidak salah kalau ia dikaji sejauh mana yang kita boleh buat, tetapi kita tidak mahu juga jika semangat itu tidak dipupuk dan rakyat menganggap ia perkara biasa dan tidak perlu diberi penghormatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan syarikat-syarikat swasta memainkan lagu Negaraku pada acara yang dianjur mereka dalam usaha pembudayaan dan penghayatan lagu kebangsaan itu. - Bernama

Monday, August 5, 2013

Program Ahli Parlimen Kemaman sekitar Kijal (4/8/2013)

Ahli Parlimen Kemaman, Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek menunaikan kewajipan zakat fitrah di Masjid Bukit Anak Dara, Kijal.

Menteri Besar Terengganu dan Menteri Komunikasi & Multimedia di Masjid Jamek Kijal

Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berbuka puasa bersama masyarakat Kijal di Masjid Jamek Kijal, Kemaman pada 4/8/2013 (Ahad)