Terkini di Kemaman !!!

Showing posts with label PRU13 - Umum. Show all posts
Showing posts with label PRU13 - Umum. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

RAKYAT MALAYSIA DISANGKA PENGUNDI HANTU

Seorang lelaki tempatan dihalang untuk mengundi di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang oleh sekumpulan individu kerana menyangka dia adalah pengundi hantu hanya kerana memiliki nama dan mempunyai paras rupa yang mirip seperti warganegara asing, pagi tadi.

Mangsa, Tajudeen N.Anver Bacha, 50 yang berasal dari Perak berkata, beliau yang tiba di perkarangan dewan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ditahan dan dimarahi oleh kumpulan terbabit sebelum ditendang oleh seorang daripada mereka tanpa sempat menjelaskan salah faham berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Tajudeen di Balai Polis Rawang kerana merasakan hak beliau sebagai rakyat Malaysia dihalang.

Di lokasi berhampiran, seorang lelaki kelahiran Selangor turut menerima nasib yang sama apabila dia dihalang untuk mengundi oleh beberapa individu di SRJK(C) San Yuk Bt 17, Rawang, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Niaz Ahmad Mohamad Zubir, 35 yang disangka pengundi hantu itu walau bagaimanapun berjaya meloloskan diri dari kumpulan berkenaan dan sempat membuang undi sebelum diherdik dan ditendang oleh kumpulan yang sama sejurus selesai menjalankan tanggungjawab beliau.

Dia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Polis minta orang ramai tidak percaya SMS palsu keputusan pilihan raya


Polis meminta orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang disebarkan pihak tertentu mengenai keputusan pilihan raya petang ini. 

Keputusan yang disebarkan adalah tidak benar dan hanya satu propaganda untuk mengelirukan orang awam. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menasihatkan orang ramai untuk hanya mempercayai keputusan rasmi daripada SPR dan jangan terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu ini. 

"Ia adalah satu agenda tertentu oleh kumpulan tidak bertanggungjawab untuk cuba mencetuskan kekecohan," katanya.


.

Tuesday, April 23, 2013

Upah samseng bersenjata turun bendera 1Malaysia !!


Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang di sini awal pagi ini.

Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130423/je_01/6-lelaki-bersenjata-ditahan-turunkan-bendera-1Malaysia#ixzz2RIKGPh2o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, April 22, 2013

Pembangkang umpama dahan yang amat reput !!!

1. Parti-parti komponen dalam PR berantakan, tiada pemuafakatan sama sekali. Isu perebutan kerusi sebelum dan selepas penamaan calon semakin memuncak apabila PR meletakkan ramai calon-calon yang akan berlawan sesama sendiri.

2, Contohnya PAS akan bertentangan dengan PKR di tujuh kawasan: DUN Bukit Besi, Kota Putera & Seberang Takir di Terengganu, DUN Panti di Johor, Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang. 

3. Ramai calon dari PR yang bertanding atas tiket bebas sehingga beberapa orang dipecat keluar dari DAP.

4. Gara-gara mahukan kuasa dan pengaruh, Pakatan Rakyat tikam dari belakang sesama sendiri, namun masih mahu menipu rakyat bahawa mereka perjuangkan keadilan & demokrasi.

5. Maka jika pembangkang diberi mandat maka 'bencana' besar akan berlaku kepada negara kerana isu yang menjadi isu besar ini bukan lagi soal pembangunan, bukan lagi soal kemajuan tetapi soal perebutan kuasa oleh ketiga-tiga parti itu.

Mereka rapuh !!! Jangan pertaruhkan masa depan. Vote BN !!!



Friday, April 19, 2013

Anwar tak boleh tipu semua orang !!!


Sejak menang di lima negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak henti-henti berkempen untuk menakluki Putrajaya pula.

Langkah terbesarnya ialah untuk mendapat tempat dalam Dewan Rakyat. Maka isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh sebanyak tiga kali terpaksa meletak jawatan.

Ini bagi mengizinkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil. Bagaimanapun agar senang Anwar menumpukan perhatian pada percaturan politik, Wan Azizah terus memegang jawatan Presiden PKR.

Langkah kedua Anwar ialah menggemparkan negara dengan janji bahawa menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2008, satu lembaran baru politik Malaysia akan terurai. Baca lanjut di http://www.umno-online.my/?p=81984

Thursday, April 18, 2013

PAS dan PKR masih bergaduh di Terengganu !!!

PKR & PAS berebut kerusi DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar

Semalam, Keadilan telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding di 6 kerusi DUN di Terengganu iaitu:

1. DUN Bandar (N14) – Azan Ismail
2. Bukit Besi (N25) - Mohd Shamsul Mat Amin (28 tahun) 
3. Telemung (N21) – Narawi Embung
4. Seberang Takir (N11) - Drs Mohd Abdul Ghani Ibrahim.
5. Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim
6. Kota Putera (N02) - Mohd Nazri Abdullah.

Namun, Sinar Harian melaporkan perselisihan pembahagian kerusi antara Pas dan PKR semakin ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil Pas di tiga Dun berasingan mendesak Pas Pusat dan Perhubungan Pas Negeri meletakkan calon Pas di kerusi Dun Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat Dun masing-masing.

Bagi wakil Dun Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon Pas, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.

“Kami yang mewakili Pas Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya Pas Pusat dan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu membenarkan calon Pas bertanding di kerusi N25, N11 dan N14.

“Kami menolak calon daripada PKR yang bersifat bidan terjun kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera Pas yang telah lama bertapak di Dun tersebut,” jelas ketiga-tiga wakil terbabit pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Sidang media itu dibuat beberapa jam sebelum pengumuman calon PKR yang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi dinyatakan itu.

Ditanya lanjut mengenai desakan terlibat, ketiga-tiganya tidak menganggap desakan itu memberi kesan terhadap kerjasama antara Pas dan PKR kerana mereka mempunyai hak bersuara selagi masih ada ruang.

Sementara itu, Mohd Nordin berkata, pihaknya tidak menerima calon PKR kerana mendakwa tidak berwibawa dan cuba ‘mengimport’ calon dari luar.

Bukan itu sahaja katanya, kewujudan PKR di Seberang Takir seolah-olah tidak wujud dan tiada sebarang cawangan atau ranting PKR ditubuhkan di kawasan itu sebagaimana disahkan Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad sebelum ini.

“Memang tiada cawangan jadi macam mana kita nak beri kepada orang yang tiada cawangan untuk bertanding.

“Kita sudah buat perbincangan dengan Setiausaha (PKR Terengganu), Wan Bukhari sebanyak dua kali supaya berbincang di peringkat negeri tetapi senyap seribu bahasa.

“Masa (Datuk Seri) Anwar pergi ke Teluk Ketapang, kita bagi memorandum padanya, minta dia cuba menilai berdasarkan pada 2008 (PKR) tidak boleh buat kerja.

Cuma masa itu, kita dalam kalangan penyokong Pas bantu juga, sokong dia. Jadi untuk PRU kali ini, kita minta dia serah juga kawasan itu pada kita,” katanya.

Bagi Ahmed Shah, beliau berkata, pengundi jelas mahukan calon Pas di kerusi Dun Bandar dan mendakwa sekiranya membiarkan PKR bertanding sudah tentu memberi kemenangan mudah kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Sunday, April 14, 2013

[TERKINI] Nama Calon BN diketahui pagi esok !



Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan watikah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) kepada pengerusi-pengerusi negeri di ibu negara pagi esok, sekali gus mengakhiri spekulasi barisan yang akan mewakili perikatan itu kali ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini. - SINAR HARIAN

Kisah sebenar kes tetak di Neram 1, Kemaman


Semalam gempar kisah mengenai seorang yang ditetak dan pembangkang telah mengambil kesempatan dengan melabelkan pelbagai fitnah kepada UMNO.
"Melabelkan "penyokong UMNO" yang menetak petugas pakatan adalah tidak betul kerana pergaduhan peribadi ini melibatkan sanak saudara & rakan-rakan seorang belia yang dibelasah orang parti pakatan terlebih dahulu"

Tindakan orang parti pakatan menyerang, menampar dan menyepak seorang belia terlebih dahulu perlu diambil perhatian sebagai permulaan kepada kisah ini. Baca kisah sebenar  dan banyak pendedahan di Blog RAKTRA .

Wednesday, April 10, 2013

Artikel kebenaran yang penyokong PAS tak suka baca !!!


"Haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah"

"Kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya"

Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.
Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.

“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.

Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.

“Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.

“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya.

Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.

“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya.

Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130409/dn_01/Tolak-undi-pakatan-pembangkang#ixzz2Q3SpbTJh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, April 5, 2013

Kerajaan Prihatin : Malaysia No. 1 di Dunia !!! #BNBagus


TERBARU: 
Bank Dunia mengiktiraf Malaysia di ranking No. 1 dunia sebagai negara terbaik dan paling banyak memberikan pinjaman modal kepada usahawan dengan jumlah mencecah ratusan bilion ringgit.

Keprihatinan Kerajaan BN terbukti. No. 1 tu !!! Hebat dan tahniah.

Kita pilih BN lagilah dalam PRU13 ni..

13 sebab BN jadi pilihan rakyat & menang PRU-13 !!!


13 sebab mengapa BN boleh menang dalam pilihan raya ke- 13 selain dari faktor kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Razak adalah:-

1. Pengalaman BN yang luas sebagai kerajaan

2. Konsep 1Malaysia yang mendapat sambutan

3. Transformasi Kerajaan

4. UMNO dan BN yang kukuh

5. Kerajaan hari ini yang menepati janji

6. Pimpinan BN yang bersih dari tuduhan

7. Keadilan kepada semua kaum

8. Usaha BN untuk menjadikan negara maju dan berpendapatan tinggi

9. Rekod-rekod pencapaian yang baik

10. Pembangunan di seluruh negara

11. Perpaduan di kalangan rakyat

12. Kerajaan yang mendahulukan rakyat dan

13. Keupayaan BN untuk meletakkan Malaysia di pentas dunia dan dikenali.

SUMBER -

Wednesday, April 3, 2013

100 bukti BN / Najib pilihan terbaik rakyat Malaysia

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009: 



1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.


* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967. 

* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat. 

* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri. 

* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB. 


3. PENTADBIRAN


* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)


* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS). 


4. EKONOMI DAN KEWANGAN 

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion. 

* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik. 

* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). 

* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.


5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat. 

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".



* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK 

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. 

* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB 

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. 

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. 

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama