Terkini di Kemaman !!!

Showing posts with label Air Putih. Show all posts
Showing posts with label Air Putih. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Shabery di jamuan rakyat di Felda Neram 1, Kemaman


Beramah mesra bersama masyarakat Neram 1, Kemaman

Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek pada 9/6/2013 (Ahad) telah hadir  ke dua program bersama masyarakat iaitu di Felda Neram 1 dan Perkampungan Orang Asli Sg. Pergam, Kemaman.



Bersama masyarakat Orang Asli Sg Pergam, Kemaman
Sementara itu, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.



Selepas makan tengahari bersama warga Felda Neram 1, Kemaman.
"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Jumaat lalu, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ahli Parlimen Kemaman menyampaikan ucapan di Felda Neram 1
Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

YB ADUN Air Putih, Kemaman turut bersama dalam
Jamuan Rakyat  di Neram  1, Kemaman
"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. - BERNAMA



Saturday, May 18, 2013

[KEBAKARAN] Sekitar lawatan Ahli Parlimen Kemaman di Neram 1.

Ahli Parlimen Kemaman meninjau kerosakan yang berlaku.
Satu kebakaran yang melibatkan 7 buah deretan rumah kedai telah berlaku pada pukul 2.00 pagi (17/5/2013) di Felda Neram 1, Kemaman.

Mendengar kisah sebenar mengenai kebakaran yang berlaku
Kebakaran yang disyaki berlaku akibat litar pintas itu mengakibatkan kemusnahan teruk dan melibatkan kerugian dianggar mangsa sebanyak RM500 ribu.

Kemusnahan teruk
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang mengetahui berita tersebut terus bergegas ke tempat kejadian di awal pagi tadi dan telah meluangkan masa selama dua jam bersama mangsa-mangsa kebakaran dan masyarakat disitu. 

Mangsa-mangsa kebakaran bersama Ahli Parlimen Kemaman
Bantuan segera juga telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman kepada kesemua tujuh orang mangsa yang terlibat.  


Baca juga kisah duka si mangsa di SINAR HARIAN .

Sunday, April 28, 2013

Pendapat ikhlas tentang calon BN Air Putih !!!

1. Komen pengundi muda: 
"Suka tengok YB sentiasa masuk kampung main bola, badminton dan gateh basikal dgn masyarakat" - Alias Cerul

2. Komen pengundi veteran: 
"Minat sangat dengor YB baca khutbah dan sentiasa maghi waktu subuh di masjid kampung ambe !!!" - Pak Ibrahim Mak Chili

Berkhidmat dengan begitu cemerlang sepanjang lima tahun sebagai YB DUN Air Putih. Dan amat layak dan sepatutnya kita memberi lagi mandat untuk beliau.

Berikut gambar-gambar yang diambil daripada Facebook rasmi Pejabat DUN beliau.

Program Badan Sihat !!! Berbasikal dari kampung ke kampung lain untuk menziarahi orang kampung.

Menziarahi masyarakat dengan menggunakan basikal.

Sentiasa mengadakan perlawanan bola sepak bersama pemuda-pemuda di kampung.

Bukan sekadar sentiasa di masjid tapi juga mengepalai solat, bacaan yasin dan khutbah.

Pilihan terbaik warga DUN Air Putih, Kemaman. Vote BN !!

Sunday, April 21, 2013

Apa calon BN buat dalam Markas PAS tu ???

Selepas sahaja SPR mengesahkan pencalonannya semalam. Ybhg Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar terus turun berjumpa rakyat. Beliau yang juga merupakan Yang Berhormat di kawasan ini sebelum pembubaran DUN, merupakan seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat dan sentiasa hadir ke majlis kenduri kahwin dan ziarah kematian.

Singgah dan sembang dengan Pemuda PAS
serta mendengar permasalahan mereka.
Sembang-sembang dan mendengarkan luah bicara beliawanis dalam DUN Air Putih, Kemaman.

Mendengar dan menyelesaikan permasalahan penduduk. 

Apa Calon BN buat dalam Markas PAS ??

Hari Kempen : 20/4/2013 

Selepas sahaja SPR mengesahkan pencalonannya semalam. Ybhg Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar terus turun berjumpa rakyat. Beliau yang juga merupakan Yang Berhormat di kawasan ini sebelum pembubaran DUN, merupakan seorang pemimpin yang mudah didekati rakyat dan sentiasa hadir ke majlis kenduri kahwin dan ziarah kematian.

Singgah dan sembang dengan Pemuda PAS
serta mendengar permasalahan mereka.
Sembang-sembang dan mendengarkan luah bicara beliawanis dalam DUN Air Putih, Kemaman.

Mendengar dan menyelesaikan permasalahan penduduk. 

Saturday, April 20, 2013

Pautan "lintas langsung" penamaan calon di Kemaman !!!

Bermula pukul 7.00 pagi ini (Sabtu), dijangka penyokong-penyokong akan mula berkumpul bagi proses penamaan calon.

Di Kemaman, penamaan calon akan berlangsung di Dewan Berlian MPK. Penyokong-penyokong Barisan Nasional akan berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman sebelum mengiringi calon-calon ke Dewan Berlian MPK.

Ikuti perkembangan langsung penamaan calon esok melalui blog, facebook dan twitter. Antara media baru yang akan membuat laporan langsung esok adalah seperti berikut;






Friday, April 19, 2013

Facebook Rasmi PRU13 DUN Air Putih, Kemaman

Sekali lagi masyarakat dalam DUN Air Putih, Kemaman mendapat peluang untuk memiliki seorang Yang Berhormat yg lengkap peribadi, pendidikan dan komitednya apabila Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar terpilih untuk penggal ke dua bagi mewakili parti yg terbukti membela rakyat iaitu Barisan Nasional.
Facebook rasmi beliau untuk kempen PRU kali ini ialah http://www.facebook.com/airputihkemaman .

Sunday, April 14, 2013

Kisah sebenar kes tetak di Neram 1, Kemaman


Semalam gempar kisah mengenai seorang yang ditetak dan pembangkang telah mengambil kesempatan dengan melabelkan pelbagai fitnah kepada UMNO.
"Melabelkan "penyokong UMNO" yang menetak petugas pakatan adalah tidak betul kerana pergaduhan peribadi ini melibatkan sanak saudara & rakan-rakan seorang belia yang dibelasah orang parti pakatan terlebih dahulu"

Tindakan orang parti pakatan menyerang, menampar dan menyepak seorang belia terlebih dahulu perlu diambil perhatian sebagai permulaan kepada kisah ini. Baca kisah sebenar  dan banyak pendedahan di Blog RAKTRA .

Info PRU: N32 Air Putih, Kemaman

Klik atas gambar untuk paparan yang lebih jelas.