Terkini di Kemaman !!!

Sunday, June 29, 2014

MERDEKA: Nelayan Kemaman/ Paka bakal cipta rekod dunia & disiar 'Discovery Channel'

Perarakan bot terbesar di dunia yang akan berlangsung sempena bulan kemerdekaan negara pada 13 Sept ini, akan mendapat liputan dan disiarkan di rangkaian televisyen luar negara seperti Discovery Channel.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perarakan melalui jalan laut melibatkan 7,000 peserta dan lebih 1,000 bot nelayan itu bermula di Kuala Paka ke Kuala Kemaman sejauh 70 kilometer.


“Ini merupakan satu perarakan bot yang terbesar dan terbanyak melibatkan lebih 1,000 buah yang akan tercatat di dalam Guinness Book Of World Records sebagai perarakan bot terbesar.

“Saya difahamkan sebelum ini pada tahun 2012 sebanyak 670 bot telah mengadakan perarakan di sungai Thames, London sempena ulang tahun pemerintahan Queen Elezabeth ke-60,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran tapak pelepasan peserta perarakan bot terbesar di dunia di Pekan Paka, di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dan Pegawai Pembangunan Dungun Datuk Din Adam

Ahmad Shabery berkata perarakan bot melibatkan nelayan Kuala Paka, Kertih, Kemasik, Kijal dan Kemaman itu paling mencabar kerana ia diadakan melalui jalan laut.

Katanya yang lebih penting rekod ini akan diabadikan di dalam pelbagai bentuk dokumentasi, bukan sahaja disiarkan melalui televisyen tempatan, tetapi juga disiarkan melalui rangkaian televisyen antarabangsa.


Beliau berkata perarakan itu juga merupakan satu manifestasi kepada perjuangan nelayan yang mereka ini akan diberi pengiktirafan bahawa tanpa mereka, orang ramai tidak dapat menikmati makanan laut.

Ahmad Shabery berkata melalui perarakan itu orang ramai akan dapat melihat keindahan negara di mana Kuala Paka hingga ke Kuala Kemaman adalah merupakan antara tempat yang tercantik di negara ini.

Katanya ini merupakan satu cara untuk menghargai atau memenuhi maksud tema hari kemerdekaan kali ini iaitu “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” dan ini adalah perkara-perkara penting dan besar maknanya. – Suara Generasi Baru

Thursday, June 26, 2014

Shabery yakin tema merdeka beri kesan mendalam !

‘Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ , diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

“Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Kemerdekaan ke-57.


Beliau juga berharap pemilihan tema itu tidak akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Kita tidak mahu sentimen politik menguasai sambutan kemerdekaan kali ini. Biar sambutan kali ini dapat dirayakan oleh semua kaum dan bangsa dengan mengenepikan ideologi politik kepartian.”

Konsep sambutan kemerdekaan kali ini juga berbeza daripada tahun – tahun sebelumnya dengan penambahan beberapa program menarik dan berimpak tinggi.

Program – program ini dirancang dengan teliti bagi memastikan ia memberi impak kepada rakyat dalam memperingati dan menghargai kemerdekaan Negara serta menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ahmad Shabery berkata bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, turut diadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak antaranya semua kementerian dan agensi kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, 1M4U dan Majlis Belia Malaysia.

Beliau berkata rakan penaja pula terdiri daripada pelbagai pihak seperti Celcom, TM Berhad, Axiata, TELIN Indonesia, Media Prima, Astro dan banyak lagi.
Menurutnya sambutan kemerdekaan bukanlah gerak kerja pihak kerajaan semata-mata dan pihak swasta juga perlu memainkan peranan masing-masing demi meningkatkan lagi semangat kecintaan tidak berbelah-bahagi terhadap negara.

“Sambutan kemerdekaan perlu menjadi jenama popular yang melekat di hati setiap rakyat pada setiap masa dan bukan hanya sekadar perarakan semata-mata,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta logo sambutan kemerdekaan yang diraih Abdul Mutalib Abdul Rahman dengan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan sijil penghargaan.

Friday, June 20, 2014

[VIDEO] Aksi YB Ahli Parlimen Kemaman di Parlimen

Video penerangan tentang isu-isu semasa mengenai telekomunikasi negara oleh YB Ahli Parlimen Kemaman yang merupakan Menteri Komunikasi & Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek

Diakhirnya, ahli parlimen pembangkang yg pakar tentang telekomunikasi menyatakan beliau bersetuju 100% tentang penerangan kerajaan tentang isu-isu terkini ini. 

Saksikan 4 video pendek yg diolah mengikut topik seperti yg dilampirkan ini.


1. Langkah-langkah Kerajaan dalam membangunkan infrastruktur Jalur Lebar Negara. 



2. Langkah-langkah Kerajaan untuk mengurangkan bebanan harga Sektor Telekomunikasi 


3. Langkah-langkah Kerajaan bagi mengatasi masalah kelembapan internet dalam negara 


4. YB Pembangkang setuju 100% penerangan pihak kerajaan tentang telekomunikasi