Terkini di Kemaman !!!

Saturday, November 30, 2013

Cara derma untuk mangsa Taufan Haiyan !

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan derma kepada mangsa taufan haiyan di Filipina tapi tidak tau caranya.. kini Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah melancarkan sistem SMS 13999 khas bagi pengguna Telco seluruh negara untuk menderma melalui SMS. 

Bagi Menderma Taip: M4P[JARAK]1/3/5/10 untuk sumbangan bernilai RM1, RM3, RM5, RM10 dan hantarkan kepada 13999 pada telefon bimbit masing-masing. 

Maklumat lanjut sila ke capaian berikut:http://wp.me/p1W9kk-5jc

Jadual Lengkap Persidangan UMNO 2013


Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan bermula dari 2 Disember hingga 7 Disember 2013. Maklumat mengenai Perhimpunan Agung UMNO adalah seperti berikut:

i. MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)

Tarikh: 3 Disember 2013 (Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

Pada majlis tersebut Presiden akan menyampaikan amanatnya mengenai Perhimpunan Agung UMNO.

ii. PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

Tarikh: 3 Disember 2013 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: Timbalan Presiden UMNO

iii. PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

Tarikh: 4 Disember 2013 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: i. Pergerakan Wanita
(Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC)

ii. Pergerakan Pemuda
(Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC)

iii. Pergerakan Puteri
(Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC)

iv. Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas

Tarikh: 4 Disember 2013 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 39, Menara Dato’ Onn

v. UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Tarikh: 5 Disember 2013 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Presiden UMNO

vi. JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

Tarikh: 5 Disember 2013 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1, PWTC

vii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 (HARI KE-2)

Tarikh: 6 Disember 2013 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

viii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 (HARI KE-3)

Tarikh: 7 Disember 2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

Sumber asal: UMNO Online

Thursday, November 28, 2013

DUN Selangor tolak notis usul bantah COMANGO

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu menolak notis usul bantahan berhubung tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk dibincangkan dalam sesi perbahasan pada persidangannya.

Notis usul yang dikemukakan ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd Shamsudin Lias itu ditolak Speaker Dewan, Hannah Tseow Suan dalam kamarnya dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh ditangguhkan pada masa lain.

Mohd Shamsudin dalam satu sidang akhbar berkata beliau mengemukakan notis tersebut berikutan tuntutan Comango itu adalah tidak wajar malah mencalar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan negeri ini.

Katanya, usul itu untuk menyatakan pendirian pihaknya bahawa tuntutan Comango hanya merosakkan akidah rakyat Selangor selain mahu mendapatkan sokongan daripada Adun PAS dan parti lain yang turut sama bersidang.

"Saya melihat usul sebegini harus dibincangkan segera kerana tuntutan Comango membawa implikasi negatif kepada rakyat malah kami akan terus komited untuk mengetengahkan isu ini dalam kalangan rakyat negeri Selangor agar status quo perlembagaan sedia ada dan perkara berkaitan terus dipertahankan," katanya.

Sebelum ini, Comango telah membawa laporan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) antara lain untuk menuntut supaya murtad diterima sebagai hak kebebasan beragama; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju. - BERNAMA

Tuesday, November 26, 2013

Update: Kereta Jatuh di Sungai Kerteh

Kemalangan kereta terbabas dan terhumban dlm sungai kerteh petang tadi.
Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang
Status mangsa : meninggal
Nama mangsa : Ahmad Haziq
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas (sewa blakang tabung haji kerteh)

Kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh.

Sama2 kita sedekahkah Al Fatihah.

Kereta jatuh sungai di Kerteh

26/11/2013 - Sebuah kereta kia forte putih jatuh ke dalam sungai di Paka. Difahamkan setakat ini, seorang lelaki melayu meninggal dunia.
Info lain dikemaskini kemudian.

Sunday, November 24, 2013

Naib Ketua Pemuda tekad pertahankan FELDA



Mohd Fauzi Mat Adam, 33 tahun, merupakan anak peneroka FELDA Cerul, Kemaman baru-baru ini telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman bagi penggal 2013/2016.

fauzi3

Fauzi merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains (Human Development) UPM, mempunyai hasrat dan cita-cita untuk merealisasikan 3 misi yang menjadi sasaran beliau.

Sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, beliau ingin mengembleng sedaya upaya usaha untuk memastikan UMNO kekal menjadi pilihan orang muda di Kemaman.

fauzi2Selain itu, beliau turut berhasrat untuk memastikan 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 1 Parlimen di Bahagian Kemaman menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Berkata kepada FeldaVoice, yang paling utama sekali bagi beliau adalah untuk terus memastikan 6 kawasan FELDA di Kemaman akan terus menjadi aset dan kubu kuat BN.

Selain berpolitik, beliau juga aktif melibatkan diri dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi pemimpin didalam NGO yang disertainya.

Antara jawatan beliau didalam NGO adalah Pengerusi Perhubungan Majlis Belia FELDA Negeri Terengganu; Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Daerah Kemaman; dan Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) FELDA Cerul, Kemaman.

Bagi seseorang yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jentera Media Baru PRU-13, beliau juga aktif menulis blog dan merupakan salah seorang penggiat media baru di peringkat negeri dan nasional.

Beliau juga turut diberikan pengiktirafan atas jasa beliau dengan penganugerah beberapa anugerah seperti Tokoh Anugerah Belia Perdana Negara (ABN) Peringkat Negeri Terengganu 2012 Anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Belia Negeri Terengganu. 

Pada 2011 pula, beliau turut diiktiraf sebagai Tokoh Belia Kategori Kepimpinan di Anugerah Belia Negara (ABN) Peringkat Negeri Terengganu.

Sumber asal: FELDA VOICE

Saturday, November 23, 2013

Program Berkhatan & Bertindik di Felda Neram 01


Gambar-gambar sekitar program YB Ahli Parlimen Kemaman, DS Ahmad Shabery Cheek bersama masyarakat Felda Neram 1, Kemaman utk Majlis Berkhatan dan Bertindik pada Sabtu (23/11/2013)










Monday, November 18, 2013

Jenazah mangsa lemas di Sg Pinang selamat dikebumikan

KEMAMAN – Mayat pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman di sini yang terjatuh ke dalam Sungai Kemaman ketika memancing tiga hari lalu ditemui pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Shafei Mohamed Amin, 11, ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira seratus meter daripada tempat beliau terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa ditemui dalam keadaan badan yang kembung dan terapung setelah lebih 48 jam berada di dasar sungai tersebut.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman (HK) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya kira-kira jam 12 tengahari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Binjai.

Menurut Che Suza, sebelum itu sepasukan unit anjing pengesan K9 dari Putrajaya bersama tiga anggota telah dihantar ke lokasi bagi membantu menjalankan operasi mengesan mangsa sepanjang kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sejak tiga hari lalu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), Unit Skuba PDRM dan juga orang awam yang berkampung di lokasi.

Tambahnya, pihak polis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat dalam membantu menjalankan gerakan mencari dan menyelamat sepanjang tiga hari itu.

Mangsa dikatakan keluar memancing bersama rakannya tiga hari lalu dan terjatuh ke dalam Sungai Kemaman yang berarus deras setelah bot yang dinaiki terbalik dan tenggelam berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Pinang Sabtu lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Bagaimanapun rakan mangsa berjaya berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri manakala mangsa dihanyutkan arus lalu tenggelam ke tengah sungai. 


Info: Jenazah adik mohd shafie mohd amin, mangsa lemas di Sg.Pinang telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kapor Binjai tengahari tadi (18/11/2013)

Sunday, November 17, 2013

Derma mangsa Haiyan melalui SMS

BANGKOK - Beberapa syarikat telekomunikasi utama sedang berganding bahu untuk menyediakan satu cara mudah bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mangsa taufan Haiyan di Filipina.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang merupakan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkhidmatan berkenaan, yang akan membolehkan sumbangan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), akan dilancarkan sebaik sahaja satu usaha sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimuktamadkan.

“Ramai daripada kita ingin membantu, tapi tidak tahu caranya dan kini terdapat satu cara mudah untuk berbuat demikian.

“Saya menggesa rakyat Malaysia supaya menggunakan perkhidmatan ini untuk menghulurkan derma dan menghantar bantuan kepada rakyat Filipina yang terjejas oleh tragedi dahsyat ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Ahmad Shabery berada di Bangkok untuk menghadiri Mesyuarat Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU TELECOM WORLD) dari 17 hingga 20 November

Awal minggu ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Pos Malaysia melancarkan Setem Bantuan Kemanusiaan Taufan Haiyan yang dijual pada harga RM10 sekeping, dengan RM6 daripadanya akan disalurkan untuk membantu mangsa bencana alam itu.

Ahmad Shabery berkata, beliau telah menyampaikan ucapan takziah dan memaklumkan tentang penubuhan kaedah pengumpulan dana itu kepada Louis Napoleon Casambre, Penolong Setiausaha Jabatan Sains dan Teknologi Filipina dalam pertemuan mereka pada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean (TELMIN) ke-13 di Singapura.

Kata Shabery, Casambre memberitahu tahu beliau mereka terharu dan berbesar hati dengan usaha kerajaan dan rakyat Malaysia itu kerana ia membuktikan hubungan rapat yang terus terjalin antara kedua-dua negara.

“Ia juga mempamerkan bahawa ICT boleh dimanfatkan untuk menyatukan manusia ke arah melaksanakan usaha mulia dalam bidang kemanusiaan," katanya.

Shabery berkata, sekiranya rakyat Malaysia boleh menggunakan SMS untuk mengundi peserta pilihan mereka dalam program realiti, "saya yakin mereka juga boleh menghantar SMS untuk memberi sumbangan untuk tujuan ini."

Haiyan melanda Filipina minggu lepas dan menjejaskan kehidupan kira-kira sembilan juta orang, termasuk mengakibatkan 1.5 juta hilang tempat kediaman dalam kejadian taufan paling dahsyat di negara itu sejak beberapa dekad lepas.

Jumlah kematian rasmi akibat bencana alam ini meningkat kepada lebih 3,600 pada Jumaat. - Bernama