Terkini di Kemaman !!!

Tuesday, August 25, 2015

Nelayan : Minyak bot C2 diikecualikan GST‎ akan dibawa ke Kabinet


Cadangan supaya harga minyak diesel bagi‎ bot yang beroperasi di laut dalam diberi pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 

"Ini isu besar...saya akan bawa perkara ini ke Kabinet. Tetapi saya tak‎ boleh janji kerana ini bergantung kepada keputusan Kabinet," katanya. 

Beliau berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-30 Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) di sini malam ini. Pengecualian GST itu dibangkitkan Pengerusi Nekmat, Datuk Mohamad Dolmat dalam ucapan aluannya. 

Beliau antara lain menjelaskan harga diesel bagi bot C2 tidak bersubsidi, namun harganya diikat pada satu kadar yang ditetapkan kerajaan. 

"Dengan suasana harga minyak di pasaran ketika ini agak rendah, maka harga yang dibekalkan oleh Persatuan Nelayan kepada bot-bot C2 adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran ditambah pula GST," kata Mohamad. 

Selain pengecualian GST, pihak persatuan mahu jika harga minyak naik, harga siling perlu ditetapkan. 

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan terus berunding dengan negara-negara jiran berhubung isu nelayan menangkap ikan melepasi sempadan maritim. - Bernama