Terkini di Kemaman !!!

Friday, April 25, 2014

10 pertubuhan di Kemaman bantah "Himpunan Haram 1 Mei". Mohon tindakan tegas !!

24 MEI - Sepuluh pertubuhan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan dan perarakan haram yang dipercayai anjuran parti pembangkang yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Mei ini.

10 buah Pertubuhan yang terlibat di bawah "Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" itu ialah Majlis Belia Daerah Kemaman, GPMS Kemaman, Persatuan Silat Kemaman (PERSIK), Majlis Belia Felda Negeri Terengganu, 4B Kemaman, MAYC Kemaman, Puteri UMNO Kemaman, Pemuda UMNO Kemaman, Pekida Kemaman dan BATAS Kemaman.


10 laporan polis telah dibuat pada pukul 10.00 pagi oleh pemimpin-pemimpin pertubuhan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (IPD) yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Fauzi Mat Adam.

Antara yang turut kelihatan di Balai Polis Kemaman termasuklah Pengerusi Majlis Belia Kemaman, Sdr. Mohamad Izham Ahmad, Ketua Puteri UMNO Kemaman, Pn. Shaheda bt Jusoh, Ketua Penerangan 4B Kemaman, Supian Museri, Ketua Penerangan Pemuda Kemaman, Hashim Ali dan Ketua Penerangan GPMS Kemaman, Marwari Mohamad.

Mereka menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai ‘Perarakan Haram Bantah Sampai Tumbang’ yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Untuk rekod, program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

"Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" juga mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berhimpun dan mematuhi sepenuhnya undang-undang negara kita untuk berhimpun. Jika pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kumpulan ini juga menganggap perhimpunan haram membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu tidak wajar diadakan kerana hanya menimbulkan lebih banyak masalah daripada kebaikan. Perkara berhubung GST ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lebih baik dan bukannya dengan mengajak rakyat untuk berhimpun di jalanan dengan jumlah yang sangat ramai dan tidak terkawal.


Mereka juga berpendapat sepatutnya pihak pembangkang yang terlibat boleh menggunakan Parlimen sebagai tempat meluahkan sebarang rasa tidak puas hati. Selain itu, perhimpunan haram itu nanti mampu memberikan kesan buruk kepada sosio ekonomi negara khususnya kepada rakyat biasa. 

Perhimpunan dan perarakan haram yang dianjurkan oleh pembangkang dengan target seramai 100 000 orang penyertaan di sekitar ibu kota hanya akan menyusahkan orang ramai, peniaga termasuk pemandu teksi.

"Kita sudah pun kekurangan bilangan pelancong dari luar negara selepas insiden kehilangan pesawat MH370. Jangan ditambah lagi dengan perhimpunan jalanan haram yang akan menakutkan pelancong dari luar untuk datang ke sini."

Oleh yang demikian, 10 pertubuhan di Kemaman ini mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak awal dalam mengekang penganjuran perhimpunan haram yang dirancang itu. Kami mohon KDN dan polis bertindak tegas terhadap mereka yang menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu.

"Tidak perlu takut untuk bertindak terhadap mereka ini yang jelas hanya mahu memburukkan nama negara di mata dunia dengan mengadakan perhimpunan jalanan yang pasti mendapat liputan daripada agensi berita dari luar Negara."
Dalam pada itu, 10 pertubuhan yang mewakili golongan muda di Kemaman ini juga yakin bahawa GST akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila GST dilaksanakan kelak, eksport akan meningkat 0.5 peratus kerana barang-barang eksport akan jadi murah dan kompetitif, dan KDNK secara keseluruhan akan meningkat kepada 0.3 peratus.

Untuk rekod, struktur GST di Malaysia merangkumi pengecualian terhadap pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang bertujuan memenuhi keperluan rakyat di negara ini. Ini berbeza di Singapura yang mengenakan GST ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan serta rumah kediaman.
Mereka juga yakin, pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus akan membawa impak jangka panjang kepada pembangunan Negara. Kadar GST serendah enam peratus yang ditetapkan kerajaan adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurangan cukai individu, cukai korporat dan bantuan kewangan tunai.

Oleh yang demikian, mereka mengajak semua rakyat tidak keliru dengan permainan licik pembangkang yang sentiasa berusaha mengelirukan rakyat hanya semata-mata untuk mengekalkan sokongan politik kepada mereka.

Thursday, April 24, 2014

"Bantah Sampai Tumbang" pada 1Mei berniat Jahat !


Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai ‘Perarakan Haram Bantah Sampai Tumbang’ yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Mereka menyasarkan 100 ribu orang untuk hadir berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.

Pertemuan dengan anggota jawatankuasa penganjur, S. Arutchelvan, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pembantunya pada 16 April lepas bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi membolehkan polis membuat persiapan awal.

Arutchelvan telah memberitahu bahawa mereka semua akan berkumpul di KLCC pada tengah hari dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.
Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab menganjurkan perarakan haram ini supaya mematuhi Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran pihak pengurusan lokasi perhimpunan.

Untuk rekod, dua hari selepas pertemuan itu, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunan kepada pihak polis tanpa surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka.

Pada 21 April lepas, pihak POLIS telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dan Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli. Mereka memaklumkan akan mengadakan perhimpunan yang sama tetapi disebabkan masih tidak mempunyai kebenaran daripada pengurusan di kedua lokasi itu maka pihak Polis menasihatkan mereka supaya memilih lokasi alternatif di Stadium Merdeka.

Polis mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran namun sehingga ke hari ini mereka juga tidak memberikan sebarang jawapan.

Justeru, oleh kerana pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Oleh yang demikian, perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu tidak wajar diadakan kerana hanya menimbulkan lebih banyak masalah daripada kebaikan. Perkara berhubung GST ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lebih baik dan bukannya dengan mengajak rakyat untuk berhimpun di jalanan.

Kenapa perlu membawa rakyat ke jalanan untuk membantah GST. Sepatutnya mereka yang terlibat boleh menggunakan Parlimen sebagai tempat meluahkan sebarang rasa tidak puas hati. Kalau begini, tiada guna ada ahli Parlimen pembangkang. Sebab itu, kami membantah himpunan haram seperti ini yang hanya akan menyusahkan rakyat biasa yang tinggal di ibu Negara.

Selain itu, perhimpunan haram itu nanti mampu memberikan kesan buruk kepada sosio ekonomi negara khususnya kepada rakyat biasa. Perhimpunan dan perarakan haram yang dianjurkan oleh pembangkang dengan target seramai 100 000 orang penyertaan di sekitar ibu kota hanya akan menyusahkan orang ramai, peniaga termasuk pemandu teksi.

Kita sudah pun kekurangan bilangan pelancong dari luar negara selepas insiden kehilangan pesawat MH370. Jangan ditambah lagi dengan perhimpunan jalanan haram yang akan menakutkan pelancong dari luar untuk datang ke sini.

Oleh yang demikian, kami mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak awal dalam mengekang penganjuran perhimpunan haram yang dirancang itu. Kami mohon KDN dan polis bertindak tegas terhadap mereka yang menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu. 

Tidak perlu takut untuk bertindak terhadap mereka ini yang jelas hanya mahu memburukkan nama negara di mata dunia dengan mengadakan perhimpunan jalanan yang pasti mendapat liputan daripada agensi berita dari luar Negara.

Dalam pada itu kita yakin bahawa GST akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila GST dilaksanakan kelak, eksport akan meningkat 0.5 peratus kerana barang-barang eksport akan jadi murah dan kompetitif, dan KDNK secara keseluruhan akan meningkat kepada 0.3 peratus.

Untuk rekod, struktur GST di Malaysia merangkumi pengecualian terhadap pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang bertujuan memenuhi keperluan rakyat di negara ini. Ini berbeza di Singapura yang mengenakan GST ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan serta rumah kediaman. 

Kita juga yakin, pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus akan membawa impak jangka panjang kepada pembangunan Negara. Kadar GST serendah enam peratus yang ditetapkan kerajaan adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurangan cukai individu, cukai korporat dan bantuan kewangan tunai.

Oleh yang demikian, kami mengajak semua rakyat tidak keliru dengan permainan licik pembangkang yang sentiasa berusaha mengelirukan rakyat hanya semata-mata untuk mengekalkan sokongan politik kepada mereka. 

Sekian terima kasih,

KUMPULAN SUARA ANAK MUDA KEMAMAN
Tarikh: 24/4/2014

Sunday, April 20, 2014

SMS berjaya kutip RM352,258 untuk mangsa banjir


Sebanyak RM352,258 hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) akan dibahagikan kepada dua negeri yang dilanda banjir teruk, awal Disember lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jumlah kutipan TKKMM akan dibahagikan sama rata kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dan Pahang dengan setiap negeri akan memperoleh sebanyak RM176,129.

Menurutnya penerimaan orang ramai terhadap kaedah derma menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kini membuahkan hasil positif dan mendapat sambutan mengalakkan.

"Kita sedar ada orang nak beri sumbangan tetapi tidak tahu saluran manakah yang sesuai dan memudahkan mereka.

Justeru, kita telah lancar dan perkenalkan kaedah kutipan derma menerusi SMS ini bermula dengan bantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina November lalu dan ia dilihat memberangsangkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kutipan wang TKKMM berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan wakil negeri Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri dalam majlis ringkas di sini.

Program TKKMM 'SMS 13999' digerakkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Celcom, Maxis, DiGi dan U-Mobile, bermula 10 Dis 2013 hingga 10 Jan lepas.

Ia dilancarkan bagi membolehkan orang ramai menghulurkan bantuan menerusi SMS kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara agar dapat bersama-sama meringankan beban dan penderitaan mangsa banjir yang kehilangan harta benda serta tempat tinggal.

Dalam perkembangan sama Ahmad Shabery berkata sebanyak RM92,000 berjaya dikumpul dalam projek pertama bagi membantu mangsa Taufan Haiyan.

Ia menjadikan keseluruhan TKKMM berjumlah RM434,000 dalam kedua-dua kutipan itu, katanya.

Saturday, April 19, 2014

[BANJIR] Banyak helipad bakal dibina di pedalaman Kemaman

Beberapa kawasan pendaratan helikopter (helipad) akan dibina di pedalaman Kemaman yang sering dilanda banjir bagi memudahkan penyaluran bantuan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata sejumlah peruntukan sudah diterima bagi tujuan itu.

"Kita sudah melihat beberapa lokasi strategik untuk tujuan itu," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan berbentuk televisyen, peti sejuk, dapur dan tilam serta bantal bernilai RM5,000 kepada 331 mangsa banjir Kampung Geliga Permai.

Menurut Ahmad Shabery antara kawasan yang dipertimbang untuk pembinaan helipad itu ialah Air Putih, Pasir Gajah dan Seberang Tayor yang teruk terjejas ketika bah awal Disember tahun lepas.

Dalam bencana itu, Felda Seberang Tayor paling teruk terjejas apabila kesemua 132 peneroka di kawasan berkenaan kerugian harta benda selepas kediaman mereka dinaiki air hingga ke bumbung.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata sebuah pangkalan hadapan dan pusat pemindahan baharu juga akan dibina memandangkan beberapa pusat pemindahan mangsa banjir turut tenggelam dalam kejadian itu.

Kemaman antara daerah paling teruk terjejas dalam bencana hujung tahun lepas yang turut menenggelamkan Kuantan, Pahang. Di Terengganu daripada 19,205 keluarga, kira-kira 14,000 adalah di Kemaman.

Bantuan banjir sumbangan kerajaan pusat itu diagih kepada semua mangsa banjir secara berperingkat sehingga akhir bulan ini.

Mengenai penyaluran bantuan yang agak lewat, Ahmad Shabery berkata perkara itu disebabkan ada beberapa masalah termasuk masalah stok barangan elektrik serta logistik. - Bernama

Wednesday, April 16, 2014

Kisah Shabery Cheek sebagai "pemimpin kampung" !!!

Walaupun sudah bertaraf Ahli Parlimen Kemaman dan Menteri Komunikasi & Multimedia serta menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, YB DS Ahmad Shabery juga merupakan 'pemimpin kampung' di akar umbi. 

Ketua UMNO Cawangan Gong Cengal, DS Ahmad Shabery Cheek menyampaikan ucapan ketika Persidangan UMNO Cawangan tersebut pada Ahad lalu.
Sebenarnya sudah beberapa kali untuk tidak memegang jawatan di cawangan namun permintaan masyarakat kampung membuatkan beliau tidak mampu menolak dan terus menabur bakti untuk kampungnya di Gong Cengal, Kemaman.
Sekitar Persidangan UMNO Cawangan Gong Cengal, Kemaman 
Sebagai Ketua UMNO Cawangan, tanggungjawab untuk mengadakan persidangan tahunan hendaklah di tunaikan walapun kita semua tahu sebagai Menteri Kabinet jadual beliau sangat padat. Namun semuanya mampu ditunaikan oleh beliau dengan jayanya. 

Persidangan UMNO Cawangan Gong Cengal telah berlangsung pada 13/4/2014 lalu.
Menziarahi anak kampung yang terlibat dengan kemalangan.
Melawat tebing sungai di Kg Gong Cengal yang terhakis
Selepas sepetang bersama masyarakat kampung termasuk sempat melawat orang sakit, kelahiran baru dan hakisan tebing sungai, beliau terus ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Menteri Kabinet. 
Menziarahi penduduk kampung yang baru sahaja menerima kelahiran baru.

Saturday, April 12, 2014

Tingkah laku pembangkang memalukan - Ahmad Shabery


Tingkah laku pembangkang apabila rang undang-undang GST ketika dibentangkan kali kedua di Parlimen amat dikesali. Ini melanggar Peraturan Mesyuarat 20.

Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Kemaman yang juga selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia kesal dengan sikap pembangkang yang membawa sepanduk ke dalam dewan yang secara terang-terangan melanggar peraturan dewan. 

Menurutnya lagi, pembuatan ini sikit sebanyak memalukan institusi parlimen kerana sidang parlimen disiarkan secara langsung yang boleh ditonton diseluruh dunia.

Beliau juga membidas perbahasan-perbahasan yang dilakukan pihak pembangkang yang cuba memesongkan fakta berkenaan GST dengan fakta-fakta yang tidak benar.

Walaubagaimana pun Rang Undang-Undang GST telah diluluskan dengan pengundian belah-bagi dengan 119 menyokong dan 89 undi menolak. - GP