Terkini di Kemaman !!!

Sunday, April 28, 2013

Pendapat ikhlas tentang calon BN Air Putih !!!

1. Komen pengundi muda: 
"Suka tengok YB sentiasa masuk kampung main bola, badminton dan gateh basikal dgn masyarakat" - Alias Cerul

2. Komen pengundi veteran: 
"Minat sangat dengor YB baca khutbah dan sentiasa maghi waktu subuh di masjid kampung ambe !!!" - Pak Ibrahim Mak Chili

Berkhidmat dengan begitu cemerlang sepanjang lima tahun sebagai YB DUN Air Putih. Dan amat layak dan sepatutnya kita memberi lagi mandat untuk beliau.

Berikut gambar-gambar yang diambil daripada Facebook rasmi Pejabat DUN beliau.

Program Badan Sihat !!! Berbasikal dari kampung ke kampung lain untuk menziarahi orang kampung.

Menziarahi masyarakat dengan menggunakan basikal.

Sentiasa mengadakan perlawanan bola sepak bersama pemuda-pemuda di kampung.

Bukan sekadar sentiasa di masjid tapi juga mengepalai solat, bacaan yasin dan khutbah.

Pilihan terbaik warga DUN Air Putih, Kemaman. Vote BN !!

Saturday, April 27, 2013

18 keping gambar sepanjang hari Ke-6 kempen P040

Di Pasar Pagi Cukai, Kemaman

Di Pameran Industri Asas Tani, Padang Astaka Kemaman.

Simbolik penyerahan replika kunci kepada Ketua Kampung Pengkalan Ranggon

Menandatangani sebagai simbolik penyerahan gelanggang futsal secara rasmi.

Aksi perlawanan persahabatan Team P040 vs N32

Melakukan percubaan kearah gol

Bersama masyarakat Felda/Ketengah di gugusan Kerteh, Kemaman/Dungun.

Menyampaikan ucapan ringkas di Astro Fiesta Mesra Belia, Felda Kerteh 6, Kemaman

Program Santai Felda Kerteh 5, Kemaman.

Sembang-sembang bersama belia-belia di Kerteh 5

Ucapan perasmian gelanggang.

Bersama PDM 




Bermain ping-pong



Merasmikan Y-Mobil (Kempen Jom Mengundi)

Thursday, April 25, 2013

Calon BN N29 Kemasik orang yg "selambe" !!!

Aksi-aksi calon Barisan Nasional N29 Kemasik, Kemaman, Ir. Rosli Othman di pasar minggu sekitar Kemasik bersama masyarakat dan mengedarkan risalah-risalah dan pamplet berkaitan program 1Malaysia.

Ir Rosli amat tidak kekok dan mesra dengan semua lapisan masyarakat. Walaupun berkelulusan tinggi dan merupakan jurutera berjaya namun sikap rendah diri dan "selambe"nya memikat hati pengundi.


Wednesday, April 24, 2013

Pengundi cina di Terengganu serik dengan PAS !!


[N31] Sepetang Di Kampung Kuala Kemaman

Program Sepetang Di Kampung Kuala Kemaman bersama Calon Barisan Nasional N31 Chukai, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam Bin Wan Abdul Hamid di Kampung Kuala Kemaman.

Beliau tidak kekok sedikit pun untuk bergaul dengan penduduk Kampung Kuala Kemaman ini kerana tempat ini adalah tempat permainan semasa beliau kecil dahulu. Kawan2 semasa alam persekolahan beliau juga ramai yang berasal dari kampung ini.

Penduduk disini cukup kenal dengan Beliau....Tengoklah gambar kerana ia menceritakan segala-galanya.







Kredit: Pok Long

Sehari bersama Ahmad Shabery Cheek (23/4/2013)


23/4/2013 - Ahmad Shabery Cheek (P040) dan Wan Ahmad Nizam (N31) bersama masyarakat Tionghua  di sekitar Bandar Cukai, Kemaman

23/4/2013 - Ahmad Shabery Cheek (P040) dan Wan Abdul Hakim (N32) bersama lebih 1000 orang masyarakat Felda Neram 1, Kemaman

24/4/2013 - Melawat warga emas yang baru kematian isterinya semalam

I love Kemaman

23/4/2013 - Ahmad Shabery Cheek turut serta dalam Sukan Rakyat di Neram 1
23/4/2013 - Ahmad Shabery Cheek (P040) bersama-sama memberi sokongan kepada pengiat Dikir Barat.

23/4/2013 - Ahmad Shabery Cheek (P040) hadir bersama Program PDM Perasing Jaya, Kemaman
 

Tuesday, April 23, 2013

Upah samseng bersenjata turun bendera 1Malaysia !!


Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang di sini awal pagi ini.

Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130423/je_01/6-lelaki-bersenjata-ditahan-turunkan-bendera-1Malaysia#ixzz2RIKGPh2o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Masyarakat Tionghua Cukai sambut baik calon BN !!!

Pagi ini Datuk Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abd Hamid calon BN DUN Cukai, Kemaman telah melawat ke gerai-gerai makan masyarakat tionghua di sekitar Bandar Cukai.

 Suasana yang muhibbah, ceria dan santai mencerminkan penerimaan baik kepada calon BN ini. 
Beberapa permasalahan yang dihadapi masyarakat disitu terus dapat diselesaikan oleh calon kita ini yang terbukti mempunyai pengalaman luas terutamanya di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Berikut adalah antara "ayat-ayat" penduduk yang ditemui. 
  • "Ini orang banyak baik maa..."
  • "Tak macam datuk pun, mcm kawan-kawan maa !!"
  • "Aya, belum jadi YB dah boleh settle masalah ka ? Ini dah bagus" 


Sekitar gambar-gambar dari N29 : Kemasik