Terkini di Kemaman !!!

Wednesday, July 29, 2015

JEMPUTAN : Rumah Terbuka DUN Chukai bersama Menteri Besar Terengganu

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN CHUKAI BERSAMA Y.A.B MENTERI BESAR TERENGGANU

Tarikh - 03 Ogos 2015 (Isnin)
Tempat - Perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Cukai (Pejabat Daerah Lama)
Masa - 11.00 pg hingga 03.00 ptg

❤ ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR ❤

Tuesday, July 28, 2015

Ahli Parlimen Kemaman dilantik Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak kabinet hari ini. Perdana Menteri mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan Ahli Parlimen Kemaman iaitu Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Komunikasi & Multimedia.

Ahmad Shabery yang dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada 10 Disember 1958 sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani nanti, beliau akan memimpin dan mentadbir entiti/jabatan seperti berikut:

1. Mardi
2. LPP
3. LKIM
4. FAMA
5. MADA
6. KADA
7. LPNM
8. TEKUN NASIONAL
9. AGROBANK
10. Jabatan Pertanian
11. Jabatan Perikanan
12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
13. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia


Untuk rekod, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sebelum ini diterajui oleh Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang kini menjawat jawatan selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

# Kami di Kemaman mengucapkan tahniah kepada YB Ahli Parlimen kami. Kami yakin amanah di Kementerian baru ini dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang. Ameen

- BMSU.KMN (28/7/2015)

Sunday, July 26, 2015

Sambutan Aidilfitri PDM Kubang Kurus, Kemaman

Pada 25/7/2015 telah diadakan majlis sambutan hari raya PDM Kubang Kurus di Kg Pengkalan Pandan. Suasana meriah dikalangan warga kampung ditambah serinya dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Kemaman, DS Ahmad Shabery dan YBhg Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Ahmad Fikry Ibrahim



Sambutan Aidilfitri PDM Kerteh 06, Kemaman

Pada 26/7/2015 telah diadakan majlis sambutan hari raya di Felda Kerteh 06. Suasana meriah dikalangan warga kampung ditambah serinya dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Kemaman, DS Ahmad Shabery dan YB DUN Kemasik, Ir Rosli Othman




Kemeriahan Sambutan Aidilfitri Parlimen Kemaman Peringkat PDM Neram 01

Pada 26/7/2015 telah diadakan majlis sambutan hari raya di Felda Neram 01. Suasana meriah dikalangan warga kampung ditambah serinya dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Kemaman, DS Ahmad Shabery dan YB DUN Air Putih, Tn Hj Wan Abd Hakim.



Saturday, July 25, 2015

Rumah Terbuka di setiap kampung (PDM) di Kemaman


Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Ahli Parlimen Kemaman, YB DS Ahmad Shabery Cheek & warga Kemaman memilih untuk membuat kelainan dengan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di setiap kampung (PDM). 

Untuk rekod sebelum ini, sambutan Aidilfitri Parlimen Kemaman diadakan di satu tempat sahaja seperti di Kuala Kemaman dan IKBN Kemasik.

Oleh yang demikian, dilampirkan jadual rumah terbuka Parlimen Kemaman untuk hari ini dan esok iaitu ;

--- 25 Julai 2015 (Sabtu)
a. Sambutan Hari Raya PDM Kubang Kurus 
● Dataran Pengkalan Pandan

--- 26 April 2015 (Ahad)
a. Sambutan Hari Raya Parlimen Kemaman Peringkat PDM Felda Kerteh 6
● Dewan GPW Kerteh 6

b. Sambutan Hari Raya Parlimen Kemaman Peringkat PDM LKTP Neram 1
● Balai PDM Neram 1

# Dijangka YB Ahli Parlimen Kemaman akan hadir ke tiga-tiga kampung ini pada hari dan esok.

# Warga masyarakat disekitar amat dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi sambutan aidilfitri dikampung masing-masing.

Tuesday, July 21, 2015

Maklumat tidak sah seperti virus membunuh

BY: IKHWAN HAZWAN

"...SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan," kata Shabery Cheek.

KUALA LUMPUR, 20 Julai:
Sekatan ke atas laman web Sarawak Report (SR) adalah tindakan proaktif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web yang dianggap boleh mengancam ketenteraman negara sekiranya menggunakan maklumat yang tidak disahkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau turut difahamnkan bahawa ia hanyalah tindakan bersifat sementara sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan.

“Peristiwa Low Yatt adalah contoh terkini penggunaan media internet yang terlalu bebas boleh mengakibatkan kesan negetif kepada rakyat dan negara.

“Maklumat tidak sah sama seperti virus yang boleh membunuh dan SKMM sepatutnya lebih tegas dalam menanganinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SKMM sebelum ini melalui laman Facebooknya berkata laman web Sarawak Report disekat selepas mendapat banyak rungutan dari orang ramai bahawa ia menerbitkan maklumat yang tidak benar.

“Laman web itu disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata SKMM.

Ia turut mengatakan bahawa akses akan terus disekat sehingga Pasukan Tindakan Khas yang menyiasat dakwaan ke atas 1MDB selesai menjalankan siasatan.