Terkini di Kemaman !!!

Sunday, March 30, 2014

Teknologi komunikasi mampu ganti kebergantungan kotak hitam

“Dengan penggunaan perkomputeran ‘cloud’ di era data besar (big data) ini, saya percaya data daripada sesebuah kapal terbang sepatutnya boleh dihantar secara berterusan dan disimpan di pusat data di darat. 

“Saya meminta International Telecommunication Union (ITU) bekerjasama dengan industri ke arah ini. Ini termasuk membangunkan sistem pemantauan berterusan ke atas data penerbangan serta apa yang berlaku dalam kokpit. Data ini kemudiannya boleh diakses dan dianalisis tanpa perlu untuk mencari kotak hitam.” - DS Ahmad Shabery Cheek di Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia (WTDC), Dubai

Sunday, March 16, 2014

[ Rekod Dunia ] Shabery kagum semangat nelayan di Kemaman !

#Pray4MH370
Walaupun sesibuk mana Yang Berhormat Ahli Parlimen Kemaman selaku Menteri Komunikasi & Multimedia, beliau tidak pernah gagal untuk mencari ruang bagi membolehkan beliau pulang ke Kemaman

Pada 15/3/2014 (Sabtu), iaitu selepas selesai satu program di Damansara, Kuala Lumpur pada pagi beliau terus bergegas pulang ke Kemaman dan sempat bersama dengan 2000 orang penerima BR1M di Kg. Penunjuk Kijal, Kemaman pada pukul 3.00 petang. 


Selepas melancarkan perasmian beliau beramah mesra dengan penduduk dan bergegas ke program ke dua yang diadakan di Dewan Sivik Kijal iaitu pada pukul 5.00 petang.

Di Dewan Sivik Kijal, Kemaman, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek beramah mesra bersama golongan usahawan dan kontraktor kecil seluruh Kemaman.

Pada sebelah malam pula, YB Ahli Parlimen selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian telah menpengerusikan mesyuarat pengurusan UMNO bagi memastikan UMNO Kemaman akan terus kukuh dan sentiasa bersatu padu dalam memberi khidmat terbaik untuk rakyat.


Pada hari Ahad (16/3/2013) iaitu selepas sebelah porgram sebelah pagi di daerah Dungun, YB Ahli Parlimen Kemaman telah bersama 1200 orang nelayan di Dewan IKBN, Kemasik. Dalam program bersama nelayan ini, Ahmad Shabery telah banyak mengumumkan perkara-perkara positif yang menaikkan semangat para nelayan.
Yang Berhormat Dato Sri Ahmad Shabery juga telah memberi semangat atas usaha para nelayan di Kemaman untuk memecahkan rekod dunia pada bulan September ini. Untuk rekod pada tahun lepas, para nelayan di Kemaman telah mencipta rekod Malaysia.

Selepas bersama nelayan, Dato Sri Ahmad Shabery telah melawat beberapa buah rumah orang sakit, kematian dan kemalangan di Kg Bukit Kuang, Kg Besut dan Geliga Baru sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur untuk hadir ke Parlimen keesokkan harinya.
Apa yang dapat dilihat sepanjang dua hari program di Kemaman, YB Ahli Parlimen Kemaman sentiasa berdoa dan memohon kepada semua rakyat Kemaman turut sama-sama membantu mendoakan supaya pesawat MH370 kembali dijumpai.



Ulasan ADMIN: Sangat kagum dengan kerja kuat dan dedikasi luar biasa YB Ahli Parlimen Kemaman dalam usaha beliau memberi khidmat terbaik bukan sahaja untuk rakyat Kemaman tetapi seluruh Malaysia. Tahniah Kemaman. We Love Kemaman !!!

Tuesday, March 11, 2014

Ahli Parlimen Kemaman kecewa insiden pesawat hilang dipersenda !

Ahli Parlimen Kemaman yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mempersenda insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

"Itu saya amat sedih kerana apabila berlakunya tragedi sepatutnya rakyat semua bersatu.

"Kita tidak boleh melihat perkara ini untuk dipersendakan dan ada orang hanya senang berkata apa-apa yang berkaitan kerajaan dan yang dinyatakan kerajaan adalah tidak benar," katanya.

Ahmad Shabery yang ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini mengulas perbuatan segelintir rakyat negara ini yang berterusan menggunakan medium media sosial untuk mempersendakan dan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab mengenai insiden itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata rakyat sepatutnya tahu bahawa apa yang berlaku sekarang ini di luar kebiasaan dan melibatkan kepakaran untuk merungkai kejadian.

"Saya pernah menyebut kalau kita lihat siri 'air crash investigation', berlakunya kemalangan berkaitan pesawat ada pelbagai sebab, pelbagai perkara, tidak semestinya semua itu dapat dirungkai dengan mudah," katanya.

Ditanya mengenai tindakan kementerian terhadap mereka yang mempersenda insiden itu, Ahmad Shabery berkata buat masa ini tumpuan kementerian adalah kepada usaha untuk mencari dan menyelamat pesawat terlebih dahulu.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Thursday, March 6, 2014

Akaun palsu antara sebab hina kaum / agama berleluasa

Peningkatan kenyataan menghina kaum dan agama yang berleluasa kini antaranya disebabkan oleh akaun media sosial palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Akaun palsu direka dengan tanggapan pemilik akaun tidak dapat dikesan sedangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah dan kepakaran untuk mengenal pasti pelaku terbabit.

Sehingga kini sebanyak 20 kes yang meliputi pelbagai kesalahan sudah diambil tindakan undang-undang dimana ia bukan sahaja menurut Akta Komunikasi dan Multimedia, tetapi juga akta-akta lain seperti Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

Contohnya, SKMM telah mengesan individu yang menyebar gambar pegawai AmBank yang ditembak pada tahun lepas dan paling mengejutkan individu itu seorang pengguna Facebook bawah umur, iaitu berusia 16 tahun.

Monday, March 3, 2014

Apa 'YB Kemaman' buat di Sepanyol ?


BARCELONA 28 Feb. - Pembangun dan pembekal aplikasi dunia perlu lebih telus dalam mengumpul maklumat peribadi daripada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, dalam menerima pakai teknologi komunikasi maklumat (ICT), para pengguna perlu sedar mengenai tujuan mengumpul data peribadi dan perlunya data sedemikian dilindungi.

"Apabila mereka memberi maklumat peribadi sendiri dalam Internet, mereka perlu tahu untuk apakah data itu digunakan," katanya dalam sesi mengenai kerahsiaan mudah alih dan kerahsiaan merentas sempadan pada Program Peringkat Menteri di Kongres Dunia Mudah Alih 2014 yang diadakan di sini dari 24 hingga 27 Feb.

Kongres tahunan itu dianjurkan oleh Persatuan GSM yang berpejabat di London.

Ahmad Shabery berkata, Malaysia sebagai contoh, telah mengambil langkah untuk melindungi data peribadi menerusi Akta Perlindungan Data Peribadi yang diluluskan pada 2010 dan berkuat kuasa pada 15 Nov 2013.

Ahmad Shabery berkata, usaha selanjutnya perlu dilakukan untuk memahami ekonomi data dengan lebih baik.

"Kita perlu lebih memahami ekonomi baharu ini, iaitu ekonomi data. Data, secara sendirinya, tidak memberi banyak makna," katanya.

Beliau berkata apabila set-set data besar dikumpul dan dianalisis, mereka yang memiliki data itu dan mampu menjadikannya sebagai sesuatu yang bernilai, akan mempunyai imbangan kuasa.

Akhirnya, 'pemain terbaik' yang akan menjadi lebih berkuasa dan mereka akan melakukan segala-galanya untuk melindungi kelebihan daya saing mereka, katanya.

"Para pengguna perlu diberi kesedaran mengenai perkara ini, dan ketika kerajaan dan pemain industri mempunyai peranan untuk mendidik mereka, isu-isu itu sering kali melangkaui sempadan-sempadan nasional," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140301/dn_19/Perlu-lebih-telus-dalam-kumpul-data-peribadi#ixzz2uuGPv9Rz
© Utusan Melayu (M) Bhd