Terkini di Kemaman !!!

Saturday, May 18, 2013

[KEBAKARAN] Sekitar lawatan Ahli Parlimen Kemaman di Neram 1.

Ahli Parlimen Kemaman meninjau kerosakan yang berlaku.
Satu kebakaran yang melibatkan 7 buah deretan rumah kedai telah berlaku pada pukul 2.00 pagi (17/5/2013) di Felda Neram 1, Kemaman.

Mendengar kisah sebenar mengenai kebakaran yang berlaku
Kebakaran yang disyaki berlaku akibat litar pintas itu mengakibatkan kemusnahan teruk dan melibatkan kerugian dianggar mangsa sebanyak RM500 ribu.

Kemusnahan teruk
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang mengetahui berita tersebut terus bergegas ke tempat kejadian di awal pagi tadi dan telah meluangkan masa selama dua jam bersama mangsa-mangsa kebakaran dan masyarakat disitu. 

Mangsa-mangsa kebakaran bersama Ahli Parlimen Kemaman
Bantuan segera juga telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman kepada kesemua tujuh orang mangsa yang terlibat.  


Baca juga kisah duka si mangsa di SINAR HARIAN .

Sunday, May 5, 2013

RAKYAT MALAYSIA DISANGKA PENGUNDI HANTU

Seorang lelaki tempatan dihalang untuk mengundi di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang oleh sekumpulan individu kerana menyangka dia adalah pengundi hantu hanya kerana memiliki nama dan mempunyai paras rupa yang mirip seperti warganegara asing, pagi tadi.

Mangsa, Tajudeen N.Anver Bacha, 50 yang berasal dari Perak berkata, beliau yang tiba di perkarangan dewan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ditahan dan dimarahi oleh kumpulan terbabit sebelum ditendang oleh seorang daripada mereka tanpa sempat menjelaskan salah faham berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Tajudeen di Balai Polis Rawang kerana merasakan hak beliau sebagai rakyat Malaysia dihalang.

Di lokasi berhampiran, seorang lelaki kelahiran Selangor turut menerima nasib yang sama apabila dia dihalang untuk mengundi oleh beberapa individu di SRJK(C) San Yuk Bt 17, Rawang, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Niaz Ahmad Mohamad Zubir, 35 yang disangka pengundi hantu itu walau bagaimanapun berjaya meloloskan diri dari kumpulan berkenaan dan sempat membuang undi sebelum diherdik dan ditendang oleh kumpulan yang sama sejurus selesai menjalankan tanggungjawab beliau.

Dia yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Rawang.