Terkini di Kemaman !!!

Wednesday, December 25, 2013

[BANJIR] Sebuah televisyen untuk setiap keluarga.

24/12/2013 (8.00 pagi -12.00 tengahari)

YB Ahli Parlimen Kemaman, DS Ahmad Shabery Cheek di Program Penyampaian Dividen Kepada Peserta Azam Tani Pertubuhan Peladang Kawasan Kijal kali ke 2/2013 & Program Touch Point Usahawanita Agropreneur Muda Wanita & Lelaki (MPPP).

Ahmad Shabery melahirkan rasa kagum diatas kejayaan seorang anak Kemaman yang menjadi perternak ayam berjaya sehinggakan meraih pendapatan ratusan ribu sebulan. Penternak tersebut sanggup berhenti dari kerjayanya sebagai jurutera Petronas semata-mata ingin menceburi bidang perternakan. 


24/12/2013 (2.00 petang - 4.30 petang)

- YB Ahli Parlimen, DS Ahmad Shabery Cheek di Majlis Penyampaian Saguhati Kecemerlangan 5A utk pelajar-pelajar di Daerah Kemaman di Dewan Seri Amar, Kemaman.

Di majlis ini seramai 300 lebih pelajar yang mendapat 5A di Kemaman telah dihadiahkan dengan Beg Sekolah Eksklusif, "Powerbank" dan Saguhati RM100.

Ahmad Shabery juga mengumumkan untuk mengusahakan sehelai pakaian sekolah kepada semua pelajar di Kemaman yang menjadi mangsa banjir ini dalam masa terdekat.

24/12/2013 (5.30 -7.00 petang)

- YB Ahli Parlimen, DS Ahmad Shabery Cheek telah melawat Kampung Pulau Tempurung, Kemaman yang turut dilanda banjir teruk baru-baru ini.

24/12/2013 (8.00 malam - 10.30 malam)

- YB Ahli Parlimen, DS Ahmad Shabery Cheek telah hadir ke Majlis Makan Malam Amal anjuran Residence Inn, Cherating dan KMX Kemaman. Di Majlis ini seramai 17 badan NGO, politik dan swasta telah "membeli meja" dan hasilnya di derma kepada mangsa-mangsa banjir.

Di majlis ini juga Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan mengusahakan sebuah televisyen bagi setiap keluarga terlibat banjir baru-baru ini. 

Dijangka 30000 unit televisyen bakal disediakan untuk semua mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini.

Wednesday, December 18, 2013

Tiada wang cagaran untuk pengguna laman sosial - Shabery

"Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya."

Sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen.

"SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Facebook, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Bakar di persidangan Dewan Negara pada Selasa.


Abdul Rahman bertanya mengenai bilangan kes menghina Islam dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pihak berkenaan selain usaha kementerian untuk memastikan bentuk penghinaan seperti itu tidak berulang.

Ahmad Shabery berkata SKMM melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' untuk menggalakkan orang ramai membuat pengawal seliaan kendiri supaya mereka menggunakan laman sosial dengan berkesan.

"Kempen ini untuk didik orang ramai supaya membezakan apa yang baik dan tidak baik dalam laman sosial dan yang mana boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai," katanya.

Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.

Pada masa ini, katanya Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.

-- BERNAMA