Terkini di Kemaman !!!

Tuesday, August 30, 2016

Madu Kelulut, 'Super Food' Pertama Malaysia

Madu kelulut akan dijenamakan sebagai 'Super Food' pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata produk madu kelulut yang dihasilkan pengusaha tempatan mempunyai pelbagai khasiat seperti mempunyai empat kali ganda antioksida berbanding madu lebah lain, dan asid fenolik yang berguna kepada manusia.

"Kita minta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi)melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya kita mempunyai testimoni secara saintifik dan bukti klinikal khasiat madu kelulut.

"Selain itu, kita juga memerlukan sistem piawaian yang baik dalam perkara seperti pengredan, pembungkusan dan pelabelan yang standard bagi membawa nama Malaysia," katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian selepas merasmikan Road To MAHA 2016 Zon Timur di Taman Agroteknologi Mardi Cherating, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Beliau berkata penjenamaan madu kelulut sebagai 'Super Food' dapat memberi nilai tambah kepada harga pasaran produk itu dan diharapkan dapat menyamai produk madu premium dari Yaman yang berharga RM45 sekilogram.

"Ramai telah mengusahakan madu kelulut. Malaysia antara negara paling hadapan dalam perusahaan madu kelulut dan tidak memerlukan modal yang begitu besar untuk diusahakan.

"Madu kelulut juga tidak sesuai diternak di kawasan sejuk, membolehkan kita mengambil peluang membangunkan perusahaan ini ke peringkat lebih tinggi dan setakat ini, produk ini mendapat permintaan yang melebihi penawaran," katanya.

Ahmad Shabery berharap pengusaha madu kelulut menyambut baik inisiatif penjenamaan madu kelulut sebagai 'Super Food' dan mempunyai kesedaran untuk bersama-sama Mardi dalam penyelidikan mereka.

Beliau berkata bagi mempromosi madu kelulut, pihaknya juga melantik seorang bekas pekerja swasta, Sabri Ali, 54, sebagai duta madu kelulut yang akan mempromosi khasiat produk itu di seluruh negara dengan berjalan kaki.

Kempen itu yang dikenali sebagai 'Kelulut Walk' dijangka bermula pada awal Oktober ini meliputi perjalanan sejauh 2,000 kilometer (km) selama 50 hari, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Perjalanan itu merupakan kali ketiga untuk Sabri, anak jati Kemaman, selepas melakukan perjalanan sejauh 1,800km dalam tempoh 40 hari pada 2014, dan 1,600km selama 35 hari pada tahun lalu.

"Sabri mengamalkan madu kelulut setiap hari sebagai makanan tambahan semasa berjalan kaki dan turut menyapu madu kelulut di bahagian kaki yang luka. Alhamdulillah luka sembuh pada keesokan hari sebelum beliau menyambung semula perjalanan," katanya.

Ahmad Shabery juga berharap orang ramai khususnya pengusaha madu kelulut dapat memberi sokongan kepada Sabri dengan berjalan kaki bersamanya semasa beliau tiba di negeri mereka.

-- BERNAMA

Wednesday, March 16, 2016

Karnival bermula esok di bawah Jambatan Geliga !

πŸ”ˆBermula esok.... APA YANG MENARIK
DI KARNIVAL TRANSFORMASI ORANG MUDA KEMAMAN 2016 ?

✌🏾 INFO RINGKAS

πŸ”˜  Di Waterfront Kemaman (bawah Jambatan Geliga)
πŸ”˜ Selama 5 hari (17 hingga 21 Mac 2016)
πŸ”˜ 200 booth pameran & jualan
πŸ”˜ 18 ekar disepanjang tepi Sungai Kemaman
πŸ”˜ Dua pentas (utama & mini)
πŸ”˜ Hadiah Utama Cabutan Bertuah : Dua buah Motosikal
πŸ”˜ Car Boot Sale (Waktu Malam)

✌🏾 SLOT BERSAMA PEMIMPIN

πŸ”˜ Jumaat (8.00 pagi) – Bersenamrobik bersama YAB Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman

πŸ”˜ Sabtu (8.00 pagi) – Sepagi bersama YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

✌🏾 ARTIS DAN CELEBRITI

πŸ”˜ Hattan, Aril AF, Farish AXL, Imam Muda Aran, Pencetus Ummah Azman, Ustazah Pilihan Hidayah,Nubhan, Angah Raja Lawak, Epol Drama Band, Hyper X, Kumpulan Buskin & Mak Cun

✌🏾 AKTITIVI MENARIK

πŸ”˜ Pertandingan Nasyid
πŸ”˜ Pameran Cub Prix
πŸ”˜ Pertandingan Memancing
πŸ”˜ 4 x 4
πŸ”˜ Cup Cross
πŸ”˜ Persembahan Memanah
πŸ”˜ Pertandingan & Klinik Rollerblade
πŸ”˜ Muay Thai
πŸ”˜ Pengangkutan Kereta Kuda
πŸ”˜ Autoshow Motosikal & Kereta
πŸ”˜ Paramotor
πŸ”˜ MTB Challenge
πŸ”˜ Pertandingan Berkayak
πŸ”˜ Bot Berhias
πŸ”˜ Pertandingan Burung
πŸ”˜ Pertunjukan Layang-layang Gergasi
πŸ”˜ Pesta Jual Buah/Ikan/Sayur
πŸ”˜ Pertunjukan Kucing
πŸ”˜ Flying Fox
πŸ”˜ Senamrobik
πŸ”˜ Forum Kesihatan
πŸ”˜ Pertandingan Mewarna Mega
πŸ”˜ Pertandingan Karaoke
πŸ”˜ DJ Corner bersama DJ Otai Kemaman
πŸ”˜ Game Dulu-dulu
πŸ”˜ Tea Tarik Show
πŸ”˜ Citra Pendekar
πŸ”˜ Badut Santai
πŸ”˜ Persembahan Busking
πŸ”˜ Himpunan Silat Kemaman
πŸ”˜ Persembahan Otai Vaganza & Rock Kemaman
πŸ”˜ Persembahan Komposer Kemaman (Rosli Ali & Wan Zul)
πŸ”˜ Live Band Otai Kemaman
πŸ”˜ Citratari Kemaman
πŸ”˜ Dikir Barat
πŸ”˜ Demo Polis, JPAM, Bomba, ResQ Pemuda
πŸ”˜ Kemaman Adventure Trail

✌🏾 PROGRAM KHAS

πŸ”˜ Pelancaran My Kampung My Future (MKMF)
πŸ”˜ Pelancaran Ori Kemaman & Penyampaian Peralatan IAT di Booth Ori Kemaman
πŸ”˜ Pelancaran Program Meremajakan Peladang & Penyampaian Insentif Kor Tani di Booth LPP
πŸ”˜ Pelancaran Tani Warrior di Booth Mardi
πŸ”˜ Pelancaran “Lembu Sado” dan Penyampaian Sijil di Booth DVS
πŸ”˜ Penyampaian Geran Agropreneur Muda, Pinjaman Tekun & Agrobank, Surat Tawaran NATC & Bantuan Azam Tani

✌🏾 PENAJA PROGRAM
πŸ”˜ NAZA Group dengan kerjasama EPIC & PESAMA

# Kami menjemput semua utk sama-sama hadir menjayakan Karnival Transformasi Orang Muda Kemaman 2016.

Terima kasih.