Ahli Parlimen Kemaman, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan video Tahun Baru Cina Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok disifatkan sebagai menjengkelkan.
Menurut Ahmad Shabery, video tersebut juga mampu menimbulkan reaksi yang lebih dahsyat malah mampu menimbulkan rasa kemarahan rakyat Malaysia sekaligus menggugat kemakmuran negara.
"Bagi saya ia menjengkelkan, lebih meloyakan, lebih menjijikkan - itu istilah yang patut saya katakan.
"Ia akan mengundang bukan sahaja banyak orang marah, banyak laporan polis dan sebagainya," katanya.
Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah. - Sumber
No comments:
Post a Comment