Terkini di Kemaman !!!

Tuesday, July 21, 2015

Maklumat tidak sah seperti virus membunuh

BY: IKHWAN HAZWAN

"...SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan," kata Shabery Cheek.

KUALA LUMPUR, 20 Julai:
Sekatan ke atas laman web Sarawak Report (SR) adalah tindakan proaktif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web yang dianggap boleh mengancam ketenteraman negara sekiranya menggunakan maklumat yang tidak disahkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau turut difahamnkan bahawa ia hanyalah tindakan bersifat sementara sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan.

“Peristiwa Low Yatt adalah contoh terkini penggunaan media internet yang terlalu bebas boleh mengakibatkan kesan negetif kepada rakyat dan negara.

“Maklumat tidak sah sama seperti virus yang boleh membunuh dan SKMM sepatutnya lebih tegas dalam menanganinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SKMM sebelum ini melalui laman Facebooknya berkata laman web Sarawak Report disekat selepas mendapat banyak rungutan dari orang ramai bahawa ia menerbitkan maklumat yang tidak benar.

“Laman web itu disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata SKMM.

Ia turut mengatakan bahawa akses akan terus disekat sehingga Pasukan Tindakan Khas yang menyiasat dakwaan ke atas 1MDB selesai menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment