Terkini di Kemaman !!!

Tuesday, July 28, 2015

Ahli Parlimen Kemaman dilantik Menteri Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak kabinet hari ini. Perdana Menteri mengumumkan perkara ini dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan Ahli Parlimen Kemaman iaitu Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek yang dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Komunikasi & Multimedia.

Ahmad Shabery yang dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada 10 Disember 1958 sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani nanti, beliau akan memimpin dan mentadbir entiti/jabatan seperti berikut:

1. Mardi
2. LPP
3. LKIM
4. FAMA
5. MADA
6. KADA
7. LPNM
8. TEKUN NASIONAL
9. AGROBANK
10. Jabatan Pertanian
11. Jabatan Perikanan
12. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
13. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia


Untuk rekod, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sebelum ini diterajui oleh Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang kini menjawat jawatan selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

# Kami di Kemaman mengucapkan tahniah kepada YB Ahli Parlimen kami. Kami yakin amanah di Kementerian baru ini dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang. Ameen

- BMSU.KMN (28/7/2015)

No comments:

Post a Comment