Terkini di Kemaman !!!

Wednesday, February 5, 2014

"Video Teresa Kok Jijik" - Shabery Cheek

Ahli Parlimen Kemaman, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek  menyifatkan video Tahun Baru Cina Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok disifatkan sebagai menjengkelkan.

Menurut Ahmad Shabery, video tersebut juga mampu menimbulkan reaksi yang lebih dahsyat malah mampu menimbulkan rasa kemarahan rakyat Malaysia sekaligus menggugat kemakmuran negara.

"Bagi saya ia menjengkelkan, lebih meloyakan, lebih menjijikkan - itu istilah yang patut saya katakan.

"Ia akan mengundang bukan sahaja banyak orang marah, banyak laporan polis dan sebagainya," katanya.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah. - Sumber

Friday, January 24, 2014

Rakyat perlu contohi sikap YB Jabi

Pagi tadi (23/1/2014), terdapat seorang makcik yang sedang duduk bersila tengah jalan di hadapan Klinik Kesihatan Jabi. Keadaan ini membahayakan diri beliau dan pengguna jalanraya yang lain.

Namun, YB Iskandar (ADUN JABI) yang kebetulan lalu untuk ke Program Dana Bantuan Sekolah telah memberhentikan kereta dan menghampiri makcik tersebut dan memujuk beliau untuk naik ke keretanya.

Setelah dipujuk, akhirnya makcik tersebut telah bersetuju untuk naik ke kereta dan YB Iskandar telah menghantar makcik tersebut ke rumah Pengerusi JKKK berdekatan kerana beliau terpaksa ke Program terlebih dahulu.

Apabila disiasat tentang asal usulnya, makcik tersebut tidak mampu memberitahu dengan jelas kat mana rumahnya. 

Akhirnya, pihak YB Iskandar telah meletakkan gambar makcik tersebut didalam Facebooknya dan akhirnya ada kenalan makcik tersebut telah menyatakan lokasi rumah sebenar mak cik tersebut. 

Makcik tersebut telah berjaya dihantar ke rumahnya dan akhirnya YB Iskandar telah sendiri menjenguk keadaan makcik di rumahnya di Kg Pengkalan kubur Tembila.


Alhamdulillah, sesungguhnya rakyat DUN Jabi telah memilih YB yang betul, tepat dan sangat rendah diri orangnya.

*** Generasi akan datang mestilah disemai dengan sifat penyayang dan tolong menolong. Bukannya ditanam dengan sifat kebencian sesama manusia spt yg berlaku di media sosial hari ini.