Terkini di Kemaman !!!

Saturday, July 25, 2015

Rumah Terbuka di setiap kampung (PDM) di Kemaman


Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Ahli Parlimen Kemaman, YB DS Ahmad Shabery Cheek & warga Kemaman memilih untuk membuat kelainan dengan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di setiap kampung (PDM). 

Untuk rekod sebelum ini, sambutan Aidilfitri Parlimen Kemaman diadakan di satu tempat sahaja seperti di Kuala Kemaman dan IKBN Kemasik.

Oleh yang demikian, dilampirkan jadual rumah terbuka Parlimen Kemaman untuk hari ini dan esok iaitu ;

--- 25 Julai 2015 (Sabtu)
a. Sambutan Hari Raya PDM Kubang Kurus 
● Dataran Pengkalan Pandan

--- 26 April 2015 (Ahad)
a. Sambutan Hari Raya Parlimen Kemaman Peringkat PDM Felda Kerteh 6
● Dewan GPW Kerteh 6

b. Sambutan Hari Raya Parlimen Kemaman Peringkat PDM LKTP Neram 1
● Balai PDM Neram 1

# Dijangka YB Ahli Parlimen Kemaman akan hadir ke tiga-tiga kampung ini pada hari dan esok.

# Warga masyarakat disekitar amat dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi sambutan aidilfitri dikampung masing-masing.

Tuesday, July 21, 2015

Maklumat tidak sah seperti virus membunuh

BY: IKHWAN HAZWAN

"...SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan," kata Shabery Cheek.

KUALA LUMPUR, 20 Julai:
Sekatan ke atas laman web Sarawak Report (SR) adalah tindakan proaktif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web yang dianggap boleh mengancam ketenteraman negara sekiranya menggunakan maklumat yang tidak disahkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau turut difahamnkan bahawa ia hanyalah tindakan bersifat sementara sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, SKMM sepatutnya menggunakan kaedah preventif yang sama dalam menangani perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan keresahan rakyat melalui maklumat-maklumat yang tidak disahkan.

“Peristiwa Low Yatt adalah contoh terkini penggunaan media internet yang terlalu bebas boleh mengakibatkan kesan negetif kepada rakyat dan negara.

“Maklumat tidak sah sama seperti virus yang boleh membunuh dan SKMM sepatutnya lebih tegas dalam menanganinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SKMM sebelum ini melalui laman Facebooknya berkata laman web Sarawak Report disekat selepas mendapat banyak rungutan dari orang ramai bahawa ia menerbitkan maklumat yang tidak benar.

“Laman web itu disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata SKMM.

Ia turut mengatakan bahawa akses akan terus disekat sehingga Pasukan Tindakan Khas yang menyiasat dakwaan ke atas 1MDB selesai menjalankan siasatan.