"Cabaran utama yang perlu saya tangani adalah untuk mengecilkan jurang akses internet di kawasan bandar dan luar bandar"
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berpendapat jawatan baharu yang disandang itu lebih mencabar kerana bidang tugasnya lebih luas seiring dengan kewujudan media baharu.
Menurutnya, penyelarasan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat memantapkan lagi sektor komunikasi negara pada masa depan.
"Cabaran utama yang perlu saya tangani adalah untuk mengecilkan jurang akses internet di kawasan bandar dan luar bandar," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.
Selain itu, Ahmad Shabery memberitahu, beliau akan mengkaji semula sistem penyampaian maklumat khususnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Katanya langkah itu diambil untuk memastikan RTM terus relevan dan seiring dengan transformasi ekonomi, sosial dan politik.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet baharu dengan melantik Ahmad Shabery sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak bertanding pada PRU-13.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_17.htm#ixzz2TeMv1dQk
Hakcipta terpelihara.
No comments:
Post a Comment