Terkini di Kemaman !!!

Sunday, May 26, 2013

Utusan Malaysia akhbar sentiasa relevan - Shabery Cheek / @shaberyc

"Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Utusan Malaysia, sejarah membuktikan akhbar ini terlibat dalam membantu negara mendapatkan kemerdekaan. Oleh itu, akhbar ini mesti dipertahankan kerana saya berkeyakinan bahawa Utusan Malaysia mampu melakukannya"

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengucapkan tahniah kepada akhbar Utusan Malaysia sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-75.

Ahmad Shabery berkata, Utusan Malaysia merupakan akhbar yang sentiasa relevan kerana mampu memberikan kesan positif kepada pembangunan masyarakat di negara ini.

"Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Utusan Malaysia, sejarah membuktikan akhbar ini terlibat dalam membantu negara mendapatkan kemerdekaan.

"Oleh itu, akhbar ini mesti dipertahankan kerana saya berkeyakinan bahawa Utusan Malaysia mampu melakukannya," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas merasmikan Fiesta 75 Tahun Utusan di tapak Festival Belia Putrajaya (FBP), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi.

Ahmad Shabery turut meluangkan masa menyaksikan .com Urban Music Festival dan Mega Online Game Challenge serta melawat gerai pameran Felda, SKMM, dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

No comments:

Post a Comment