Terkini di Kemaman !!!

Tuesday, October 11, 2016

AZAM TANI berjaya bantu keluar dari kemiskinan

SERI KEMBANGAN: Seramai 10,178 keluarga atau 51.6 peratus daripada 19,731 yang dibantu telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan melalui bantuan Projek AZAM Tani 2016.
Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bantuan yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2010 ini merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan dalam membantu isi rumah yang berpendapatan rendah.
Ianya melibatkan sektor penanaman, perikanan, ternakan, pemprosesan hasil tani, perniagaan hasil tani dan perkhidmatan pertanian melalui sistem eKasih yang memperuntukkan sebanyak RM226.16 juta.
“Sektor pertanian dan industri asas makanan adalah sektor stabil dan tidak mudah terjejas dengan keadaan turun naik ekonomi semasa.
“Oleh itu, ia sering dilihat sebagai salah satu sektor ekonomi yang penting untuk membasmi kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup.
“Kebanyakan peserta projek azam tani berupaya menjana pendapatan sekitar RM300 hingga RM2000 sebulan”, katanya.
Menurutnya lagi, Kementerian sekali lagi diberi kepercayaan untuk membantu 600 buah keluarga miskin tegar melalui program ini berdasarkan kejayaan sebelumnya.
Shabery berkata demikian selepas merasmikan Konvesyen AZAM Tani 2016 yang dihadiri hampir 1000 orang peserta dan pegawai.

No comments:

Post a Comment