Berikutan satu penghinaan yang amat teruk kepada junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dan agama Islam dilaman sosial Facebook iaitu di pautan https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506798476056417 pada 24/6/2013, Barisan kepimpinan Pemuda UMNO di seluruh Bahagian Kemaman melahirkan perasaan amat sedih, marah dan kecewa atas perlakuan pemilik akaun Facebook "Sally Yen".
"Penghinaan melampau antaranya melabelkan Nabi Muhammad sebagai ‘haiwan gila seks’ dan agama Islam dilabelkan sebagai ‘agama dajal’ itu menunjukkan pelaku tidak menghormati penganut agama lain. Kami barisan Pemuda UMNO di Kemaman amat bimbang kedamaian dan kerukunan Negara Malaysia akan tergugat jika tiada tindakan tegas diambil dan perkara ini terus berterusan," kata Setiausaha Pemuda UMNO Kemaman, Sdr Faisal Johar
Beliau menambah bahawa orang yang menyatakan pernyataan sebegini rupa mungkin tidak memahami Islam sebenarnya namun tindakan menghina agama lain secara sebegitu dahsyat dilaman-laman sosial hendaklah dihentikan segera supaya tidak melarat dan lebih berleluasa.
Selain itu, Ketua Penerangan Pemuda Kemaman, Sdr Abdul Nasir Muhamad memohon perkara yang amat serius ini mesti disiasat dengan serta merta. Beliau menambah bahawa Pemuda UMNO Kemaman mendesak pihak Polis dan Kementerian berkaitan menjejaki segera pemilik sebenar akaun Facebook tersebut dan dibawa ke muka pengadilan berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
"Kami juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya saling menghormati antara satu sama lain dan tidak membangkit hal-hal sensitiviti agama dilaman-laman sosial kerana ianya pasti akan memudaratkan nikmat keamanan yang telah kita kecapi sejak sekian lama," tambah beliau lagi.
Oleh yang demikian, satu laporan polis di buat di Balai Polis Cukai pada petang 24/6/2013. Laporan tersebut telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Kemaman, Sdr Abdul Nasir Muhamad.
No comments:
Post a Comment