Terkini di Kemaman !!!

Wednesday, April 3, 2013

Biodata Ketua UMNO Kemaman


Latar belakang

Dato’ Seri Ahmad Bin Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohamad dan Wook Binti Ali. Beliau dilahirkan pada tanggal 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman,Terengganu

Beliau dilahirkan daripada keluarga yang hidup susah. Bapa beliau hanya bekerja sebagai nelayan dan juga dikenali sebagai Tok Nyandat iaitu penyandat nira kelapa bagi menyara kehidupan keluarga.

Walaupun hidup susah, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar. Sejak kecil, selain suka membaca, beliau juga serasi dengan kehidupan sebagai seorang budak kampung ‘Kampung Boy’.

Sejak kecil lagi, Ahmad memiliki sikap seorang pejuang. Sikap tidak mudah mengalah dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diimpikan. 

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Beliau juga seorang yang amat mementingkan disiplin dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang tidak berdisplin. 

Malah beliau turut dikenali sebagai seorang yang telus, berterus terang dan tidak suka orang yang berbohong.

Pengalaman hidup yang penuh mencabar banyak membantu membina jati diri Ahmad Said sebagai seorang insan yang amat prihatin terhadap nasib anak bangsa.

Pendidikan

Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964 di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di sekolah ini dari tahun 1 hingga tahun 6.

Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974. 

Ketika di sekolah menengah, Ahmad pernah dilantik sebagai Kapten Asrama. Beliau juga dikenali sebagai kapten asrama yang tegas. Sikap kepimpinan beliau sudah mula disemai ketika di peringkat sekolah lagi.

Ahmad juga dikenali sebgai individu yang aktif dalam kegiatan sukan. Antara sukan kegemarannya ialah bola sepak dan hoki. Beliau melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Maktab Adabi, Kuala Terengganu bagi menduduki peperiksaan STPM. Beliau belajar bersungguh-sungguh dan memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM.

Selepas mendapat keputusan STPM, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Jurusan Sains Politik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian). 

Ketika melanjutkan pelajaran di USM, beliau mula mengasah bakat kepimpinan. Ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai sebagai Yang di Pertua Persatuan Anak-Anak Negeri Terengganu selama 2 tahun. 

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Sains Politik dan Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa USM.

Kerjaya

Ahmad memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Pentadbir Tanah II Daerah Kemaman pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau dilantik menjadi Pengetua Pusat Pupuk Semangat Negeri Terengganu selama 2 tahun.

Tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Setiu. Bermula tahun 1990 hingga 1995, beliau meneruskan kerjaya sebagai Yang Di Pertua Majlis Daerah Kemaman.

Sepanjang tahun 1992 hingga tahun 2000, beliau juga telah diberi peluang menimba pengalaman di dalam sektor swasta dengan memegang pelbagai jawatan di dalam sektor berkenaan. Antaranya, beliau pernah menjadi Pengerusi Pesama Timba Corporation Sdn.Bhd, Pengerusi PESAKA Terengganu Berhad, Pengarah Golden Pharos Berhad, Pengerusi Kumpulan Kayu Kayan Berhad dan Pengerusi GP Furniture.

Pengalaman Politik

Beliau mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun ketika dilantik sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman. 

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1978. Belaiu juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1982 sehingga tahun 1986.

Pada bulan Ogos 1990, Ahmad telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal setelah berjaya memenangi kerusi Dun Kijal pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan di Kijal. 

Beliau juga berjaya mengekalkan kerusi sebagai ADUN Kijal dalam Pilihan Raya Umum yang Ke-9 pada tahun 1995. Beliau berjaya menewaskan calon PAS dengan majoriti 1834 undi yang mengekalkan beliau sebagai ADUN Kijal. 

Dengan kemenangan ini, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu, EXCO Pemuda UMNO Malaysia Dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.

Walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999, menyaksikan beliau kalah dengan majoriti 264 undi. 

Namun situasi ini tidak melemahkan semangat beliau apabila beliau kembali bangkit dengan mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004. 

Beliau berjaya menewaskan calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 3469. Kemenangan ini membolehkan beliau kekal sebagai Adun Kijal dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Terengganu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi. Kemenangan ini juga bermulanya titik tolak kebangkitan dan kemuncak kerjaya Dato Seri Ahmad bin Said.

Beliau menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke 13 pada tanggal 23 Mac 2008 daripada Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Selepas menjadi Menteri Besar, beliau dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada 14 Jun 2008.

Beliau berdepan pelbagai cabaran dengan penuh keberanian dan ketabahan. Walaupun demikian, beliau sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 

Di bawah pentadbiran beliau yang berpaksikan pendekatan berjiwa rakyat, mesra rakyat serta menawan hati rakyat amat dikagumi oleh seluruh rakyat Negeri Terengganu. Malah semangat jitu beliau untuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat Negeri Terengganu turut diperakui dan dikagumi oleh rakan-rakan perjuangan beliau.

Kepimpinan semasa Menjadi Menteri Besar Terengganu

Setelah dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Bin Said memberi tumpuan utama kepada pelaksanaan pembangunan yang berpaksikan rakyat atau people-centric. 

Beliau memperkenalkan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau. Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak utama pentadbiran beliau dan menjadi keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan permasalahan rakyat diselesaikan. 

Beliau juga menegaskan bahawa apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan haruslah demi kepentingan rakyat.

Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan

Slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” dengan 8 nilai teras utama turut memfokuskan kepada memperkasakan modal insane, meningkatkan daya saing negeri dan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan. 

Justeru itu, beliau menyeru kepada kakitangan awam agar bekerjasama antara satu sama lain bagi menjamin kecemerlangan bekerja dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Malah beliau menyeru agar pegawai sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat bagi mendengar masalah mereka supaya apa jua masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat segera diatasi.

No comments:

Post a Comment