Terkini di Kemaman !!!

Sunday, April 7, 2013

CALON | Ahmad Said tunggu 'lampu hijau' Najib !!!


Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya akan mengumumkan senarai calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini selepas mendapat 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan mengumumkan senarai calon BN selepas mendapat keizinan daripada Perdana Menteri.

Ditanya mengenai manifesto BN Terengganu Ahmad berkata manifesto tambahan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) itu bakal mengandungi pelbagai program dan projek untuk kepentingan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Manifesto berkenaan adalah tambahan kepada manifesto BN pusat yang dibuat berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang pastinya akan ditepati.

"Kita akan lancarkan manifesto BN Terengganu apabila tiba masanya kelak kerana akan terdapat beberapa tambahan supaya ia selari dengan manifesto pusat yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur malam ini (semalam)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bangunan Pondok Polis, di Padang Kubu, Kemaman semalam. Baca selanjutnya di teganuku. 

No comments:

Post a Comment