Terkini di Kemaman !!!

Thursday, April 4, 2013

Berilah sokongan padu kepada calon BN - Ahmad Said


 DS Ahmad Said menggesa mereka yang tidak tersenarai agar memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) Terengganu.
"Jika hari ini kita tolong orang lain, satu hari nanti orang lain pula akan sokong kita. Tidak bertanding bukanlah bermaksud karier politik seseorang itu tamat," 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Kenyataan beliau itu sekali gus melenyapkan khabar angin bahawa namanya tidak tersenarai untuk bertanding kali ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Sura di sini, lewat malam tadi, beliau berkata kerusi DUN Bandar akan dipertahankan oleh MCA menerusi penyandangnya, Datuk Toh Chin Yaw.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai komposisi calon dan penyertaan calon wanita, Ahmad hanya menjawab ringkas: 
"Tunggu sehingga pengisytiharan calon diadakan." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment