Terkini di Kemaman !!!

Wednesday, April 17, 2013

Calon pilihan rakyat P040 Parlimen Kemaman

Dato' Sri Haji Ahmad Shabery bin Cheek merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sekarang. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kemaman. Shabery dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada 10 Disember 1958. Beliau berkahwin dengan Sharifah Ismail pada 1983.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Lembing dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. 

Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1983 dalam bidang ekonomi

Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari bidang sains politik University of Leeds, United Kingdom 1986 selain itu mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden 1989

Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universti Malaya (PMIUM).1982 – 1983 beliau menjadi Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya (University of Malaya Islamic Students Associations).

Pada 1989 - 1990 beliau dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Pengalaman dalam Kerjaya

Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada tahun1990

Selain itu, beliau pernah menjadi fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).

Pada tahun 2004 sehingga sekarang beliau masih lagi merupakan Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu. 

Selain itu juga beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negara, Malaysia (Mac 06-Mac 08) dan Menteri Penerangan, Malaysia pada Mac 2008 hingga 2009. 

Manakala pada awal April 09 beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment