Terkini di Kemaman !!!

Thursday, April 11, 2013

Penyokong mula cemuh calon PKR Kemaman

Cemuhan kepada Calon PKR Kemaman
oleh penyokong mereka sendiri
1. Rafizi bawa calon bodoh.
2. Pengkhinat parti
3. UMNO menang percuma
4. Khianat kepada PAS yang kerja kuat
5. Hanya pandai buka tayar
6. Buang masa je pangkah beliau
7. Baik letak kayu jadi calon

Apabila Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Kamaruddin Chik bertanding Parlimen Kemaman banyak respon negatif telah diterima dan dibincangkan sesama ahli PAS dan PKR di Kemaman dan Terengganu amnya. 

Sdr. Kamarudin Chik yang tidak dikenali rakyat Kemaman, lebih dikenali sebagai "Din Bangla" oleh kawan-kawannya. 

Pelantikan beliau juga mula dipersoalkan oleh penyokong mereka dan ada diantaranya memperbodohkan tindakan Si Rafizi membawa calon tersebut ke Kemaman.



Banyak respon-respon di halaman FB pemimpin mereka mengutuk pemilihan "Din Bangla" oleh Anwar Ibrahim. Setelah disiasat akaun Facebook Ismail Tranung, Adam Muhd, Awang Merah, Selasih Rindu dan lain-lainnya bukannya akaun palsu tetapi akaun sebenar yang dimiliki oleh penyokong-penyokong PAS dan PKR.


Seperti maklumat Ismail Tranung berikan, Din Bangla didakwa merupakan pengkhianat parti dan pelantikan Din Bangla ini akan membuatkan BN menang FREE dan mengkhianati PAS yang telah berkerja bersungguh-sungguh.



Selain itu, Adam Muhd pula mengatakan memangkah "Din Bangla" untuk PRU13 merupakan perbuatan buang masa dan beliau tidak tergamak untuk memangkahnya. Adam Muhd juga melabelkan pencalonan "Din Bangla" adalah amat teruk dan lebih baik meletakkan "kayu" sebagai calon. 

Cemuhan utk Din Bangla di FB Calon Pas Cukai

Yusuf Geliga pula melabelkan calon PKR hanya pandai 'buka tayar". Satu maklumat dalaman juga memberitahu bahawa Din Bangla juga tidak berapa "ngam" dengan Ketua Cabang Kemaman dan Setiausaha Cabang. 


Selain itu, ada juga cerita menarik tentang isteri "Din Bangla" selepas dapat tahu suaminya menerima pencalonan dari Anwar Ibrahim. Lain kalilah cerita.....



Kesimpulannya, strategi Anwar dan Rafizi yang tidak menamakan pemimpin "glamer" mereka Rafizi sendiri dan Sdr Azan (Pengerusi PKR Terengganu ) di Parlimen Kemaman adalah kerana bimbang "terkorban" dan terpaksa meletakkan Din Bangla yang tidak dikenali dan tidak diterima rakyat sebagai calon untuk di"korban"kan di Parlimen Kemaman.

4 comments:

  1. aku pengundi kemaman pun dok kenal sape bangla import nie yang penting BN tetap dihati selamanya walau anwar sekalipun jd calon kemaman

    ReplyDelete
  2. itu pasal anwar perkenalkan din bangla awal2, supaya org kemaman boleh kenal, rapat, jatuh cinta dan akhirnya tak undi dia. nak letak kayu boleh juga, tp takut spr tak terima, so anwar letakkan din bangla sebagai ganti kambing untuk disembelih....

    ReplyDelete
  3. ceh mamat ni aku panggil din kicap je.. kenal sgt

    ReplyDelete
  4. sapo din bangla ni???? bakpo org panggil dio bangla???? cer cite cer cite

    ReplyDelete